Thursday, September 9, 2010

Status solat jumaat pada hari raya

0 comments

diambil dari sini

Assalamualaikum ustaz, saya inginkan kepastian, adakah gugur kewajipan solat jumaat sekiranya hari raya aidilfitri atau hari raya aidil adha jatuh pada hari jumaat?

Jawapan:

:الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله وبعد

Insyaallah tarikh melihat anak bulan Syawal 1431H ialah pada hari Rabu 29hb.Ramahdhan bersamaan

8hb.September 2010. Mengikut kiraan falak, waktu 'ijtimak bulan' berlaku pada 8hb.September 2010 jam 6:29:38 petang waktu Malaysia. Manakala waktu maghrib pula ialah pada pukul 7.15pm. Berdasar kepada waktu ijtimak dan waktu terbenam matahari, dari sudut kiraan falak bahawa hilal Syawal 1431H tidak dapat dilihat. Begitu juga berdasar deklarasi Istanbul 1978 mengenai kebolehnampakan anak bulan bahawa hilal Syawal 1431H tidak boleh dilihat. Oleh itu berdasar kiraan falak dan deklarasi Intanbul (1978), maka hari Khamis ialah 30 Ramadhan dan satu Syawal 1431H dijangka jatuh pada hari Jumaat bersamaan
10hb.September 2010. Walaubagaimana pun kita di Malaysia perlu menunggu pengumumam rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu bagi mengisytiharkan satu Syawal untuk tahun 1431H.

Persoalan timbul di sini ialah jika sekiranya hari raya Aidil Fitri jatuh pada hari Jumaat, apakah status solat jumaat masih wajib atau ia gugur kerana berlaku dua perayaan dalam satu hari.

Sebenarnya perkara ini adalah masalah khilaf dan telah dibincangkan oleh ulama semenjak ratusan tahun yang lalu. Ringkasnya, berdasar hadis-hadis dan pemahaman ulama dalam mengistinbat hukum syarak, maka lahirlah pandangan-pandangan seperti berikut:

1) Mazhab Hanafi: Solat Jumaat wajib ditunaikan. Solat sunat hari raya tidak menggugurkan kewajiban solat Jumaat.
2) Mazhab Maliki: Solat Jumaat wajib ditunaikan. Solat sunat hari raya tidak menggugurkan kewajiban solat Jumaat.
3) Mazhab Shafie': Wajib menunaikan solat Jumat bagi penduduk kampung yang bermastautin dan gugur tuntutan tersebut bagi penduduk dari kampung yang berlainan. Pandangan ini merupakan pandangan Imam Shafie' yang sahih.
4) Mazhab Hambali: Tidak wajib solat Jumaat samada penduduk tetap atau tidak. Kewajiban solat Jumaat gugur selepas mendirikan solat sunat hari raya tetapi wajib solat zohor.

Bagi kita di Malaysia saya cenderung supaya kita mengikut fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor seperti berikut:

"Alhamdulillah Fatwanya:

Pada hari itu ( Aidilfitri dan Aidiladha jatuh pada hari Jumaat ) kewajipan menunaikan solat fardu Jumaat diwajibkan ke atas lelaki muslim yang bermastautin dan ahli Qariyah setempat.

Adapun orang yang bukan ahli Qariyah setempat yang ingin pulang menziarahi ahli keluarganya, dizinkan dia pulang untuk tujuan berziarah dan kembali semula mereka itu untuk mendirikan solat fardu Jumaat, jika dia berkuasa berbuat demikian. Adapun jika tiada berkuasa berbuat demikian ( hadir semula ke masjid untuk menunaikan solat fardu Jumaat ) maka tiada berdosa. Tetapi adalah lebih baik jika mereka yang terlebih agar menunaikan selepas solat Aidilfitri sehingga selesai solat fardu Jumaat.

Adapun mereka yang di bolehkan meninggalkan solat Fardu Jumaat adalah beberapa golongan :

1) Kaum wanita
2) Lelaki yang bermusafir
3) Hamba
4) Lelaki yang sakit ( uzur syar"ie )

Solat fardu Jumaat adalah merupakan satu syiar daripada syiar-syiar Agama Islam yang perlu dijaga dan dilaksanakan. Berjamaah di dalam menunaikan solat fardu Jumaat adalah wajib fardu ain ( yang dikehendaki dilaksanakan oleh setiap muslim yang cukup syarat-syaratnya berbuat demikian ).

Islam sentiasa memberi perhatian terhadap perpaduan dan kesatuan di kalangan umat Islam dan melarang sama sekali wujudnya punca-punca yang mengakibatkan perselisihan faham dan perbezaan pendapat yang akhirnya membawa kesan negatif kepada penduduk setempat".

Sebagai kesimpulan, permasalah ini berlaku khilaf ulama. Adalah wajar dalam beramal dalam masalah khilaf yang menyentuh pandangan orang ramai agar dapat mengelak daripada berlaku perbezaan dan perselisihan yang tidak sihat. Apalagi masyarakat Islam di Malaysia masih ramai yang jahil dan sifat keterbukaan mereka masih di tahap yang rendah.

Sekian والله أعلم بالصواب

Rujukan:
1) Fiqh Sunnah, Syed Sabiq.
2) Raudhah at-Tolibin, Imam Nawawi.
3) Bidayatul Mujtahid: Ibnu Rusyd.
4) Fiqh Muyassar, Ahmad Isa 'Ayur.
5) Pelbagai.

Disedikan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

Friday, June 25, 2010

cuti musim panas ini.....

4 comments


Assalamualaikum....

maaf tidak lama menulis....kekangan masa asyan exam....

program cuti summer ni kat mesia...khusus untuk pelajar oversea...
so sape2 nak join boleh kontek ana sendiri atau pon kontek nama yg tertera di iklan...
(sila klik gambar untuk paparan lebih jelas)




ade juga konsert di N9...
sape2 nak follow boleh bagi tau..




usahlah pening2 berfikir.......
buat sahaja pilihan......
dan beramal sepenuh tenaga n jiwa....



saif

Monday, April 19, 2010

Memahami Secawan Kopi

3 comments
Bismillahhirrahmanirrahim....

Assalamualaikum.....
ape khabar antum(adeh...mcm tulis surat lak)
baru tahu betapa susahnya nak thabat dalam bidang penulisan blogging ini....
sebelum2 ade blog ni......... ana dok mintak ikhwah2 yg ade blog supaya cepat2 update blog....
rupenya agak susah nak maintain....last2 copy dari blog org lain jer......

kembali kepada tajuk...

fatrah2 imtihan ni ramai pelajar menggunakan stimulant sebelum belajar....
ataupon pagi-pagi sebelum ke kuliah....... pelajar2 akan mengambil stimulant ini....
lebih2 lagi jika dalam kelas mengantuk..... mereka akan keluar ke cafe untuk ambik stimulant ini...


tak lain tak bukan ialah secawan coffee.......

antara yang diminati pelajar-pelajar...

kopi kosong\black coffee

kopi susu \ white coffee

kopi ais \ ice coffee

ice blended coffee

cappuccino

ahwah ( yg biase jual kat kedai ahwah)



apa yang nak ana bincang kat sini ialah...
matlamat untuk minum kopi (atau sebagainya) ialah untuk dapatkan stimulant untuk otak lebih cergas.......
tapi mengapa perlunya secawan kopi yg dipenuhi dengan gula...susu...dan sebagainya....

jika anda memakan satu sudu serbuk nescafe ......pasti kesan yang terhasil adalah sama.....
tapi mengapa kita membancuh dengan air panas...bukan setakat dengan air panas....
malah ditambah dengan susu...gula.... chocolate... atau dibuat ice-blend...dan sebagainya....
tak lain dan tak bukan ialah untuk merasai kenikmatan coffe tersebut....

so beza makan satu sudu nescafe dengan minum secawan nescafe......walaupon sama pada matlamatnya.....

ok ....
antum ....
boleh tangkap ape point yang ana nak sampaikan kat atas kan.....
so ana nak antum kaitkan pada solat kita.....

matlamat solat ialah...ta'abbud... melaksanakan perintah Allah....dan mendapat redhanya...

so seseorang itu boleh sahaja solat dirumah....hanya melaksanakan perkara wajib.... dan hanya membaca surah yang pendek2...dan tanpa menambah dengan solat sunat...
so matlamat solat itu terlaksana....

tapi beza
jika kita solat dimasjid...awal waktu...melaksanakan solat suna qobliah...dan berzikir sambil menunggu iqamat....dan solat di sof hadapan....dan setelah selesai .....solat sunat ba'diah dan berdoa....

kedua-dua situasi ini berbeza...tapi matlamat yang sama...
sama situasi mcm coffee di atas.....

so laksanakanlah solat anda....dengan penuh kesempurnaan sama seperti anda inginkan kesempurnaan dalam coffee anda....

kerana kenikmatan dalam solat itu akan dapat dirasai pada orang yang benar2 berusaha...


sekian


____________________________________________________________________

satu artikel yang bagi ana sangat2 membantu kita dalam tarbiah ini..... ana ambil di blog ini
artikel yang sgt baik.......

Salam buat para pendakwah !

Antara penyakit yang menimpa para pendakwah hari ini ialah kecacatan niat.Kecacatan niat menyebabkan para pendakwah terdedah kepada gejala riak,ujub dan sebagainya.

Antara bentuk ikhtilal niat (kecacatan niat ) ialah :

  • Para pendakwah merebut kedudukan tinggi dan popular di dalam masyarakat.
  • Suka berbicara tentang sumbangan, jasa dan pencapaiannyaa dalam kerja-kerja dakwah dan lapangan amal islami.
  • Tidak merasa bahagia jika dakwah berjaya ditangan orang lain. Dia merasa sedih, pilu dan dukacita jika dakwah orang lain mengatasinya dan diterima masyarakat.
  • Suka pada pujian dan sanjungan. Berubah wajahnya bila dikritik dan dicela kerja-kerjanya.
  • Mencari manfaat dan habuan, berusaha untuk mendapat imbuhan dari amal dakwahnya sama ada berbentuk benda atau maknawi.
  • Suka dan cenderung untuk menonjolkan diri dan merebut jawatan kepimpinan dan tidak suka dan rela orang lainbekerja dalam barisan para pendakwah.
  • Wujud perasaan ujub, rasa bangga dengan keupayaan dan kompetensinya, menonjolkan kelebihannya dalam amal islami dan mengulang-ulang menyebutnya dalam mana -mana sempena atau tidak.

About me

My photo
Malaysia
Hamba tuhan yang mencari redhaNya..... Meniti kehidupan ke arah kematian... Sentiasa terbuka dalam berbincang.... Menulis ke arah pembangunan jiwa..... tiada yang lain,hanya kerana Allah...
 

Suara Dari Hati Ke Hati Design by Insight © 2009