Friday, October 16, 2009

Berani membuat keputusan

7 comments


Day by day …umur kita makin bertambah…membawa makna kehidupan kiter meningkat dari satu tahap ke satu tahap….. setiap tahap kehidupan memerlukan kita membuat pilihan….perkara ini merupakan lumrah yang kita hadapi secara sedar atau tidak…. Sesetengah keputusan kita mungkin tidak tepat dan akan memberi pengajaran kepada kita dan menjadi lebih teliti dalam membuat keputusan….. matang dalam kehidupan memudahkan kita untuk membuat keputusan yang bijak…

Jika kita imbas semula bagaimana ini bermula…

Jika dlu semasa darjah 1 sekolah rendah…baju mak pilih, seluar mak pilih, sehinggakan botol air jenis apa pon mak kiter akan pilih untuk kiter…dan khuatir kita tidak bijak membeli di sekolah nanti…… sesetengah ibu membekalkan anak-anak mereka dengan bekal yang dimasak sendiri di rumah…


Setelah meningkat ke darjah 3 mungkin kiter sudah pandai membuat beberapa keputusan….contohnya menyimpan duit belanja harian sekolah yang diberikan ibu bapa untuk membeli jajan\cikedis\keropok semasa pulang nanti.

Darjah 6…. Waktu ini mungkin sesetengah dari kiter lebih berani dalam membuat keputusan…seperti inginkan baju yang berjenama….inginkan kasut yang mengikut fesyen terkini seperti kawan-kawan lain di sekolah…selepas UPSR…biasanya ibu bapa akan mengatur di sekolah menengah mana kiter akan sambung….


Semasa form 3… kiter akan membuat keputusan sama ada untuk berkawan-kawan yang baik-baik ataupon kawan-kawan yang lebih suke berseronok2….. inilah waktunya kiter belajar mencari identiti …. Dan selepas PMR kiter akan membuat pilihan sama ada mengikuti aliran sains tulen ataupon sastera….. ibu bapa biasanya dapat membaca minat dan cenderung kita…..maka mereka akan member galakkan kepada kita untuk memilih…. Di sini juga bermulalah kehidupan kiter lebih dipengaruhi persekitaran berbanding ibu bapa…. Kiter akan mula berlajar dunia luar….. kita akan berusaha untuk berdikari…dan belajar untuk menjadi seperti orang besar….

Selepas form 5….di sini bermulalah Here where the big things come….. macam2 keputusan kita perlu buat….matrik??pusat asasi?? Oversea??politeknik??diploma??.... semua ini akan datang….kita akan membuat keputusan…. Apa jurusan yang kita minat…dan bagaimana orang yang kita ingin jadi…. Ibu bapa akan banyak memberikan nasihat kepada kita dan memberikan peluang kita untuk membuat keputusan…


Membuat pelbagai-bagai keputusan ini sebenarnya mengajar kita untuk lebih matang dalam kehidupan… mungkin ada diantara kita takut untuk membuat keputusan…dan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada ibu bapa untuk membuat keputusan… ini adalah perkara yang agak tidak sihat dalam mengajar kita erti kehidupan… kerana akan datang masih terdapat pelbagai perkara yang semamangnya kita perlu membuat keputusan sendiri…..

Kembali kepada tajuk berani membuat keputusan…

Dalam dunia pelbagai cabaran ini… bijak serta berani membuat keputusan adalah sangat-sangat penting…

Sebelum kita membuat satu keputusan besar perlunya..

1. Memastikan niat kiter dalam membuat keputusan itu….kerana Allah atau kerana hawa nafsu??? Serta mengetahui sebab apa keputusan ini perlu dibuat

2. Memohon dari Allah petunjuk dalam membuat keputusan…(berdoa dan solat istiharah)

3. menyenaraikan kesan baik dan kesan buruk (implikasi)

4. mengambil pandangan dari pelbagai pihak (ibu bapa, guru, mas’ul,kawan-kawan dan orang-orang yang lebih berpengalaman)

5. menyusun stategi untuk melaksanakan keputusan serta strategi menghadapi implikasi yang akan berlaku

6. meletakkan tekad yang kuat serta tawakal yang tinggi kepada Allah…

setelah keputusan dibuat…. Mungkin beberapa halangan akan berlaku….di sinilah di mana bijaknya kita menyusun langkah….

Di sini sukanya saya memberikan 1 contoh yang terkena kepada ramai kawan-kawan kenalan saya....

(boleh aplikasi pada benda2 lain....contohnya memilih usrah dll)

(ishh…saif ni suke sebut pasal kawen….)(INI CONTOH SHJ)

--membuat keputusan untuk kawen semasa belajar…. Tetapi dihalang oleh ibu bapa…. Di sinilah kita kena berani dalam berdepan dengan keputusan kita….adakah kita terus mengalah atau terus tekad dalam melaksanakan keputusan kita….

Perlunya berbincang dengan baik dengan ibu bapa…tunjukkan bahawa kita ini sudah bersedia… berikan sebab-sebab yang munasabah…. Tunjukkan planning kita bagaimana…. Kenalkan calon kita(klu dah ade) kepada mereka……

jika mendapat halangan dari pihak bakal mertua(jika kita sudah ada calon) jadilah anak jantan…. Pergilah ke rumah mereka…kenalkan diri pada mereka… berbuat2 baik kepada mereka…. Berbincang elok2 dengan mereka…..terangkan bahawa kita akan jaga anak mereka dengan baik…dengan usaha2 bersungguh kita ini sebenarnya akan membuahkan hasil…maybe akan bertunang dlu….then biler parent tgk kesian lak tunang lama2…last akan bagi kawen jugak…..mcm tu laa lebih kurang

( to my mom - mama....anak mama ni blom nak kawen ….ni contoh jerr…hehehe….jangan risau ek…..)

Di sinilah letaknya berani membuat keputusan…. Kita tidak berputus asa setelah satu keputusan dibuat….walau apapon halangan….. walau apa orang akan kata…. Biar kita tekad dalam keputusan ini….

Pilihan-pilihan ini akan datang …..

pilih nak beli motor ke tak??

pilih bile nak kawen dan dengan saper???

pilih kat mane nak keje????

pilih nak ambik jurusan ape selepas ni???

Pilih nak ikut usrah mana???(tak perlu saya ulas lanjut isu ini)


(yang akan menjalani hidup ini bukan orang lain...tapi diri kita sendiri...maka beranilah membuat keputusan.....)


(Ya Allah….semoga post kali ini tidak menjadi kontroversi dan jauh dari fitnah-fitnah….Ya Allah semoga…. post ini memberikan pengajaran untuk diri ku sendiri serta para pembaca)

About me

My photo
Malaysia
Hamba tuhan yang mencari redhaNya..... Meniti kehidupan ke arah kematian... Sentiasa terbuka dalam berbincang.... Menulis ke arah pembangunan jiwa..... tiada yang lain,hanya kerana Allah...
 

Suara Dari Hati Ke Hati Design by Insight © 2009