Monday, July 27, 2009

berkahwinlah........

10 comments
Assalamualaikum.....



fatrah ramai orang kawen ni....soalan yang tak dapat elak

"saif.... bile lagi nak buat walimah?"


koleksi jawapan yang biase ana bagi(bergantung pada situasi dan gaya soalan ditanya)


1) biasenyer kalau nak bergurau2... ana akan jawab
" nak buat macam mane....dah orang tak nak...muke tak laku....."(dengan gaya muke hampir masam tapi tersenyum)


2) tapi kekadang ade gak bagi jawapan "thiqah" sikit
" ajal, rezeki dan jodoh sudah ditetapkan.... insya Allah... bila masanya...ana akan umum... tak kan kawen pon nak sorok"


3) jika ditanye oleh orang yang same berulang kali ...ini jawapan dia
" insya Allah esok pagi.... jemput la datang" (dengan senyum sinis)



4) pada orang yang ana hormati
"doakanlah dipermudahkan segala urusan....."(dengan muke hampir serius tapi tersenyum)



ana sendiri menanyakan soalan yang sama kepada sahabat2 dengan bertujuan bergurau atau pon memberi semangat...




____________________________________________________________________
sedikit perkonsian dari blog Dr Yusuf

Kahwin Ketika Belajar

( artikel yang diubah suai dari 'buku dalam pembikinan' saya- PsikoSeksual Remaja Wanita Dari Sudut Fitrah Dan Islam)
1. Berumahtangga, bermakna kita sudah nekad dan bersedia untuk hidup bersama lelaki atau wanita lain sehingga akhir hayat. Ianya SEJARAH besar dan akan merubah banyak perkara dalam kehidupan seseorang.

2. Orang yang hebat dan yang sentiasa merancang kehidupan akan membuat sebarang keputusan ketika emosi tenang, matang dan yakin dengan keputusannya itu

3. Usia, ilmu dan pengalaman adalah sebagai asas kayu ukur kematangan seseorang.

4. Orang yang sejak kecil hidupnya penuh dengan kesukaran dan halangan, proses kematangannya lebih cepat. Sukar dari segi kehidupan atau sukar kerana tiada kemudahan, seperti ketika era tiada letrik, bekalan air serta kemudahan teknologi komunikasi.

5. Di era serba mudah dan canggih sekarang ini telah memberi kesan MELEWATkan kematangan untuk seseorang berdikari dan membuat keputusan yang tepat serta kurang pengalaman menyelesaikan masalah hidup yang rumit.

6. Ramai ibu-ibu tua sekarang, mereka berkahwin pada usia belasan tahun dan anak-anak mereka ramai yang berjaya. Mengapa? Mereka cepat matang dalam banyak perkara. Manakala anak-anak remaja sekarang, ada yang usia awal 20an, masih kebudakan lagi emosi dan tindakannya.

7. Sekitar tahun 80an, saya mempunyai ramai kenalan yang belajar di luar Negara dan berkahwin di sana pada usia 20-23 tahun ( belum tamat pengajian), dan kebanyakan mereka baru berkenalan dengan gerakan Islam dan baru belajar memahami Islam yang sebenar. Manakala pelajar yang tidak cenderung kepada agama, ramai berkahwin bila sudah tamat pengajian dan setelah balik ke Malaysia.

8. Alasan utama berkahwin ialah kerana menutup fitnah dan kerana ‘dakwah’ . Mentah dalam dakwah dan membuat keputusan.

9. YANG MENARIKNYA, ada di antara mereka ini yang sekarang ini sudah pun mempunyai anak remaja dan mereka member AMARAN kepada anak mereka, “ Jangan kawin semasa belajar”. Malah ada kenalan saya yang sengaja meletakan gambar anaknya yang sudahpun graduan pada kad jemputan kahwin.

10. Ada di antara mereka memberitahu dan melihat perbezaan yang agak ketara pada emosi dan perangai anak sulung atau anak kedua mereka berbanding dengan anak-anak yang lain. Anak-anak ini lahir dan di didik ketika mereka menjadi ibubapa pada usia sangat muda, cetek pengalaman, terburu-buru, pembengis, mudah melenting dan sibuk pula dengan peperiksaan.

11. Jika dahulu memberi alasan dakwah, tetapi apabila ada di antara anak-anak mereka yang sudah dewasa dan gugur lebih awal dari jalan dakwah, malah ada yang terus ke bawah. Mereka yang ketika itu masih singkat akal dan tidak matang, sekadar memberi alasan, dan menyembunyikan naluri seksual ketika muda sebagai ‘helah’ berkahwin awal.

12. Kenalan saya seorang usahawan ( tidak belajar tinggi), yang berkahwin pada usia 22 tahun, juga mengaku menyesal kahwin muda, kerana serba kekurangan ilmu dan psikologi perkahwinan serta tidak matang lagi menjadi nakhoda rumahtangga.

13. Sebaliknya ada kenalan saya, yang berkahwin awal ketika di luar negara, dan anaknya pula mahu mengikut jejak langkahnya berkahwin sebelum graduat. Dalam satu tulisan yng beliau tulis seolah-olah 'mengalakkan' pula berkahwin pada usia mentah/ semasa belajar!. Namun begitu, jika diamati secara terperinchi, artikel itu sekadar alasan mahu membenarkan anaknya berkahwin awal dan membenarkan tindakannya dahulu berumahtangga pada usia awal 20an. Sedangkan beliau lupa akan kematangan beliau jauh berbeza kerana pernah hidup serba kekurangan.

14. Kesimpulannya, “ Wahai anak-anak muda yang masih belajar, khasnya di luar negara ( di Negara Arab, USA, Eropah, UK, Australia dan seumpamanya) pelajarilah pengalaman orang yang lebih dahulu dari anda. Usah cemaskan dan risaukan hati ibuayah anda di sini. Kejar matlamat utama anda untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, bukan pulang bawa anak dan anda pula bakal menjadi penggangur. Anda mendidik anak pada usia mentah dan masih terserlah emosi kebudak-budakan. Ingat ! Allah mengajar secara langsung khasnya lelaki ,dimana Rasulullah berkahwin selepas beliau sudah mencari rezeki sendiri dan pada usia lelaki matang, iaitu usia 25 tahun- berkahwin sekitar usia ini juga merupakan sunnah dan orang yang matang merancang kehidupan”.

____________________________________________________________________


memang benar...jika dilihat pada satu sudut...orang yang berkahwin awal ini menunjukkan mereka matang dalam membuat keputusan dan dalam kehidupan....

akan tetapi orang yang membuat keputusan untuk menangguhkan untuk kahwin lewat sidikit juga boleh dianggap satu keputusan yang amat matang......kerana mempersiapkan diri dengan segala ilmu dan pengalaman hidup untuk masa hadapan....


nasihat kepada semua(terutama diri sendiri)
1) janganlah tergesa-gesa untuk berkahwin.... walau tahu diri masih belum bersedia
2) jadikan setiap hari dan pengalaman untuk mempersiapkan diri menghadapi jalan juang ini secara tidak langsung mempersiapkan diri untuk berrumahtangga
3) serius untuk mempersiapkan diri..... serius untuk matangkan diri.... serius untuk bertindak
4) jika diukur baik... maka berkahwinlah ...kerana itu lebih baik.....




saif
-doakan dipermudahkan segala urusan


hari ini 27 julai...... hari jadi Allahyarham Ammar....biaser nyer bawak ammar gi makan mo'men atau nasi yaman.... tapi..... Ini ketentuan Allah pada kita.....
baru sahaja tadi ke mo'men(saje2 nak tgk kedai)..... tak sanggup untuk masuk.... sayu hati.... berkecai hati.... jiwa terasa tercarik2....terbayang wajah ammar tengah tersenyum duduk di salah satu meja.....
sedar-sedar jer... mata dah basah...
"Ya Allah...kuatkanlah diriku....Ya Allah.... tabahkanlah hatiku untuk hari2 mendatang......Ya Allah semoga Kau tempatkan ruh Ammar bersama2 orang yg beriman..."

maaf kerana berkonsi perasaan..........

Friday, July 24, 2009

bila matanya terbuka....

1 comments


Saat itu tak dapat aku gambarkan yang aku rasa
Kelahiranmu bagaikan satu pertanda permata keluarga
Padamu kucurahkan kasih dan kubelai manja
Kuasuh dan kusayangi dengan penuh mesra

Setaut kasih aku hulurkan buatmu insan yang kusayang
Ungkapan doa aku panjatkan pada-Nya bahagia selamanya
Peribadi mulia contoh insan berjaya kelak aku berbangga

Jejati kecilmu menggapai bak kau mencari arti hidup ini
Suci dirimu umpama sutera putih
Lembut jiwamu penyejuk hati ini

Setaut kasih aku hulurkan buatmu insan yang kusayang
Ungkapan doa aku panjatkan pada-Nya bahagia selamanya
Peribadi mulia contoh insan berjaya kelak aku berbangga


Setaut kasih aku hulurkan buatmu insan yang kusayang
Ungkapan doa aku panjatkan pada-Nya bahagia selamanya
Peribadi mulia contoh insan berjaya kelak aku berbangga

Tulus harapan pada Yang Maha Penyayang
Agar kau bahagia selamanya


____________________________________________________________

tahniah kepada abang fadhil dan kak ros yang telah bergelar ayah dan ibu...

tahniah juga kepada mama ngan abah yang dah bergelar tok dan tok wan...

semoga kelahiran Nurul Husna dapat menambah barokah dalam keluarga kita...


dari blog adik (zahid)

Duhai sang raja untuk sehari(khas untuk akhi Irfan)

11 comments




Duhai sang raja untuk sehari

Matahari naik menyinari pagi

Embun menghilang ditiup pergi

Angin bergerak bagai merpati

Bunga kembang nan berseri

Hati gembira cerah mewangi


Duhai sang raja untuk sehari

Hari indah bertambah seri

Kerna si teruna mendapat isteri

Bagai putera dengan kayangan puteri

Ikatan diikat sehidup semati

Seluruh alam gembira merai

Bila dua kasih bersatu hati


Duhai sang raja untuk sehari

Langit bergoncang dek hentakan kaki

Kerna perasaan sukar digambari

Oleh puteri syurga sang bidadari

Mulut muncung mecebik pipi

Kerna cemburu yg tidak terperi

Kerna hatimu sudah dimiliki

Oleh gadis penghulu bidadari

Ku doa agar cinta ini

Terjalin hingga ke syurga nanti

Bahagia kekal untuk abadi


Duhai sang raja untuk sehari

Kasih diikat untuk dakwah ini

Bait muslim terbina marhalah kini

Kerja dakwah jangan dilupai

Walau sudah bercucu nanti

dakwah terus amal tarbawi

marhalah ketiga sedia dimasuki

kerna Islam kerna Ilahi


Duhai sang raja untuk sehari

Takhta raja bukan sehari

Tapi untuk sehingga mati

Khalifah bumi arahan Ilahi

Beban dipikul dihitung nanti

Akhirat kelak tuhan timbangi

Amal mana syurga dimasuki

Semoga kita thabat dalam jalan ini…


Duhai sahabat sekalin saya sayangi

Mereka sudah bersatu hati

Antum pulak bila lagi

Jangan terburu-buru mencari-cari

Kerna Akhwat sedia menanti

Indahnya cinta dijalan ini

Kerna islam kerna ilahi


Duhai sang raja untuk sehari

Nasihat terakhir saya beri

Sebagai kata sisipan hati

Jangan mengada nak tambah lagi

Sorang sahaja sudah mencukupi

Kasihanilah pula diri kami

Bagilah kami peluang beristeri

Agar dakwah berkembang lagi

Jodoh dipinta petang dan pagi

Ditemui akhawat pilihan hati

Semoga Allah sedia rahmati

Hamba-hambanya yang merintihi

Agar dakwah terus dijunjungi

Thabat dakwah sehingga mati

Syahid dicari cita-cita ini

Semoga dimakbul doa ini……




agak2 ....sape laa lepas ni....



"Selepas itu kami mahukan keluarga yang Islam pada fikiran dan akidahnya, pada akhlak dan perasaannya, pada amalan dan tingkah lakunya. Ini bermakna kami perlu berikan tumpuan kepada kaum wanita seiring dengan tumpuan kami kepada kaum lelaki. Kami juga perlu berikan tumpuan kepada kanak-kanak seiringan dengan tumpuan kami kepada pemuda. ini pembentukan keluarga kami."

(IHAB - majmuah risalah - Buat Pemuda, Khususnya Mahasiswa)



saif

- tibe2 terasa rindu ddk dengan irfan......

Tuesday, July 21, 2009

SeMoGa BeRbAhGiA HiNgGa Ke AkHiRnYa

1 comments

Maaf kepada sahabat ku akhi Izamil kerna lambat ucap tahniah atas perkahwinan anta....
semoga berbahgia ke akhirnya....

Mule mengenali izamil semasa di INTEC.... same kelas.... sejak mengenali dier.... memang terasa kagum atas kematangan dier dalam setiap perkara....

nasihat untuk izamil dan aqilah......(walau pon ana sendiri blom kawen)
- kehidupan perkahwinan sangat berbeza dengan alam bujang.... belajarlah dari setiap perkara yang berlaku...
- sedangkan lidah lagi tergigit....
- rasai cinta itu hanya kerana Allah yang maha esa.....kerna hanya dengan sebab cinta itu..... cinta kita sesama manusia akan berpanjangan hingga ke syurga.....
- jika ada masalah...jgn dipendam.... carilah rujukan untuk jika masalah tidak dapat diselesaikan....


akhirnya ade sedikit video untuk antuma berdua....

di doakan semoga bahgia selamanya...



Saturday, July 18, 2009

Di Dunia ini Allah mencipta……….

2 comments
Di Dunia ini Allah mencipta……….

CERIA GEMBIRA RIANG KEMENANGAN KESERONOKKAN SENYUMAN KESENANGAN KETAWA


Akan tetapi…….
kita selalu alpa dan lalai........
bahawa dunia ini bukanlah seindah yang kita impikan...

dugaan dan ujian dari Allah itu pasti akan datang


Di Dunia ini Allah juga mencipta…….

KESEDIHAN

KEPEDIHAN

KEDUKAAN

KEGAGALAN

KESAKITAN

TANGISAN

KESUSAHAN

TEKANAN PERASAAN



setiap insan di dunia ini... pada satu tahap .... Allah akan menyediakan satu bentuk ujian padanya....

dalam surah Al-Mulk ayat kedua

2. Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat);


di sini Allah letak ahsan bukannya akthar ......(lebih baik bukanya lebih banyak)
ujian diberikan untuk memperlihatkan pada kita tahap kita dan keyakinan kita pada Allah....

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya… itu kita kene yakin dan percaya….

Diri seorang itu perlu parcaya bahawa jalan yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat adalah jalan yang amat sukar dan penuh dengan kesusahan dan ujian…..


Jika ujian datang melanda
- Thabatkan diri dalam jalan yang anda pilih ini
- Berusaha untuk bangkit dan terus berusaha
- Berdoa agar ditabahkan hati
- Terus melangkah kehadapan

Kekadang kita merasakan ujian ini sangat berat….. ujian ini amat payah …. Ujian ini amat memeritkan…..
Bersyukurlah kerana diberikan ujian sebegitu…. Kerna hidup Nabi dan para sahabat juga penuh dengan ujian dan dugaan…. Semoga kita dikurniakan pahala dan darjat setimpal…

Jika ingin menangis….menangislah sepuas2nya…. Kerna Allah telah menciptakan air mata…. Maka menangislah……. Mengadulah kepada Allah…… apa yang terbuku dihati ini kepada Allah (walaupon Allah maha mengetahui semua perkara) ….. ujian ini diberikan supaya kita lebih mendekatkan diri kepada Allah….. syukurlah kepada sesiapa yang mengambil pengajaran…..



Kepada ikhwah…..
Ingatlah……
Sesiapa yang memilih jalan seperti jalan para nabi dan pada sahabat…. Mestilah percaya bahawa jalan ini penuh dengan onak duri….jalan kita akan sering merasakan kepedihan dan tangisan….
Dan ingatlah jika anda inginkan kesenangan dan keseronokkan……pilihlah jalan lain dari jalan ini….bukannya syadid atau zalim ….. akan tetapi fitrah jalan ini amat payah….. tidak mampu dilalui jika hanya pada orang yang bersedia……




Saif
-semoga Allah memberi ketabahan pada hati-hati ini……

“Thabat yang saya maksudkan ialah seorang akh terus menerus bekerja dan berjihad untuk mencapai matlamat walau sejauhmana tempoh yang ditempuh dan memakan masa bertahun-tahun lamanya, sehingga dia bertemu dengan Allah. Dia akan memperolehi dua kejayaan, sama ada dia mencapai matlamatnya atau dia mencapai syahid di akhir nanti”
(IHAB – Majmu’ah risalah – risalah taalim –bab thabat)

Sunday, July 12, 2009

Muqaddimah

0 comments

MUQADDIMAH


Memang kita mahukan individu Islam, keluarga Islam dan ummah Islam, namun ia tidak mungkin dicapai kecuali setelah fikrah Islam Berjaya diketengahkan sehingga mampu mempengaruhi persekitaran dan mampu membentuk persekitaran ini menurut acuan Islam. Tanpa dominasi ini kita tidak mungkin mencapai apa yang kita harapkan. Kita mahu supaya kita mampu berfikir secara bebas berlandaskan kepada landasan Islam yang suci bukan berlandaskan fikiran tradisi yang selama ini mengongkong kita dengan teori dan aliran pemikiran barat. Kita mahu kita memiliki identiti dan peribadi tersendiri sebagai sebuah ummah agung dan gemilang yang pernah mendokong sebuah reality yang paling lama dan unggul.”

(IHAB – Majmu’ah Risalah – Bab Dakwah Kita Di Era Baru)


Menjadi satu fardu untuk kita menyampaikan Islam ini dengan pelbagai cara yang kita mampu…… lantas dengan itu ana memulakan penulisan blog ini dengan lafaz


Bismillahhirrahmanirrahim


Saya akan jadikan blog ini bagi saya untuk menyampaikan apa yang tersimpan di hati saya. Moga ia terus masuk ke hati pembaca.


Antara karya-karya yang saya akan tulis dalam blog ini insya Allah:-

  • Ø Pendapat mengenai sesuatu isu
  • Ø Pengalaman hidup saya
  • Ø Sejarah kehidupan saya
  • Ø Perasaan isi hati atas sesuatu perkara
  • Ø Nasihat untuk diri sendiri (terutamanya) dan para pembaca
  • Ø Karya sajak dan pantun


Dengan itu saya membuka kepada para pembaca untuk memberikan kata-kata nasihat dan teguran tentang blog ini….


Saif

-hoping a better day tomorrow

About me

My photo
Malaysia
Hamba tuhan yang mencari redhaNya..... Meniti kehidupan ke arah kematian... Sentiasa terbuka dalam berbincang.... Menulis ke arah pembangunan jiwa..... tiada yang lain,hanya kerana Allah...
 

Suara Dari Hati Ke Hati Design by Insight © 2009