Saturday, January 30, 2010

Penyelesaian isu umat kini.......

20 comments

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Perkembangan terkini isu-isu dan permasalahan dalam negara telah memperlihatkan permasalahan sebenar yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia khususnya orang Melayu. Kegagalan dalam menangani isu-isu berkaitan dengan kepentingan agama dan bangsa secara bersama telah memperlihatkan kelemahan yang sangat nyata.

Fenomena ini telah menjadikan bangsa Melayu kelihatan satu bangsa yang sangat lemah hingga tidak mampu untuk membuat keputusan demi kepentingan mereka sendiri. Walaupun bangsa Melayu merupakan kaum majoriti di negara ini namun perpecahan yang ketara menjadikan mereka mudah dibayangi oleh kekuatan bangsa lain. Andai kata masalah ini tidak segera dirawat maka nasib orang Melayu dan agama Islam di negara ini akan menghadapi masa depan yang gelap.

Kenapa al-Banna ?

Kita memilih Imam al-Banna sebagai rujukan kerana pemikiran beliau kekal segar sebagai pelopor pemikiran alternatif yang mendominasi pemikiran perubahan pada abad ke-20. Ini diakui sendiri samada oleh sarjana barat mahupun timur sebagai satu penyelesaian yang terbaik bagi membangunkan sesuatu bangsa. Pemikiran ini lahir setelah beliau membuat kajian serta mengambil kira kekuatan dan kelemahan gerakan Islam semenjak ratusan tahun yang lepas. Pemikiran ini dianggap satu penyelesaian yang kompreshensif sesuai untuk mana-mana bangsa di dunia.

Memperjuangkan bangsa bukan perkauman

Hari ini terdapat di kalangan orang Melayu sendiri yang ingin menghancurkan keperibadian kebangsaan mereka dengan mengatakan bahawa memperjuangkan bangsa Melayu adalah perkauman. Kefahaman ini disanggah oleh al-Banna yang menganggap perjuangan memuliakan bangsa demi agama adalah satu keperluan:

“Umat yang sedang bangkit memerlukan kepada perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa dan bersejarah sehingga terbentuk dalam diri generasi muda. Lantas mereka berjuang demi keagungan dan kemuliaan itu dengan darah dan roh mereka. Mereka bekerja demi kebaikan tanah air, kemuliaan dan kebahagiaannya”.

Jadi, al-Banna mengemukakan bahawa untuk menjayakan agenda Islam yang besar hendaklah bermula dengan membangunkan sebuah bangsa yang kuat. Inilah agenda yang patut kita bersatu di atasnya.

Islam kuat dengan penganut yang kuat

Kita percaya agenda Islam di rantau ini tidak akan menampakkan cahaya selama orang Melayu, yang merupakan penduduk majoriti beragama Islam, berada dalam keadaan lemah dan dipolitikkan (musayasah). Oleh itu adalah menjadi gagasan kita untuk membangunkan semula bangsa Melayu supaya ia menjadi bangsa yang kuat yang boleh menentukan kata putus dalam hal kepentingan diri dan masa depan mereka. Dengan itu mereka layak menjadi bangsa memimpin dan menerajui risalah Islam.

Di sini ISMA mencadangkan perdamaian antara islamis dengan nasionalis atas satu agenda membangunkan sebuah bangsa yang hebat. Kami berpendapat pergaduhan antara islamis dan nasionalis sudah tidak relevan lagi. Berlarutan dalam pergaduhan menyebabkan kita terpesong dari tujuan asal dan berkemungkinan terjebak dalam agenda yang disusun oleh orang lain.

Kesatuan umat

Antara penghalang besar kepada Melayu hari ini untuk menjadi satu bangsa yang terhormat dan memimpin ialah disebabkan oleh sikap kepartian yang melampau hingga mengakibatkan perpecahan. Oleh itu ISMA berpendapat, bersatu atas satu agenda merupakan satu kefardhuan yang mesti dilaksanakan.

وأطيعوا الله و رسوله و لا تنازعوا فتفشلوا وتذهب ريحكم و اصبروا ان الله مع الصابرين

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, jangan kamu bertelagah sesama sendiri, nescaya kamu akan gagal, dan akan hilanglah kekuatan kamu semua, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar” (al-Anfal: 46).

(petikan diambil dari ismaweb.net)


Thursday, January 28, 2010

Manhaj kami .....

3 comments
Assalamualaikum...

kadang2 orang berasa janggal serta keliru ......bagaimana hendak naikkan kembali Agama Allah ini....
bagi yang berdarah muda dan panas ini...pastinya pilihan yang terbaik sgt2 diperlukan....

Timbul pelbagai idea2 untuk kembali menjadi khalifah di muka bumi Allah ini...
dan timbullah pelbagai gerakan Islam yang muncul di tengah2 medan bagi berjuang di jalan yang mulia ini....

saya memlilih untuk meletakkan diri saya dalam manhaj ini kerana saya merasakan ini adalah manhaj yang terbaik dan paling dekat dengan cara Rasullullah SAW
( tidak bermaksud gerakan lain salah atau tidak betul)

so ini manhaj saya .....

Imam Hasan Al-Bana antara Manhaj Islah dan Manhaj Perubahan



Untuk memahami metod perubahan dan pengislahan yang dibawa oleh Imam hasan Al-Bana. Eloklah kita mengkaji beberapa analisa pemikiran dan sisi pandangan tokoh ini terhadap dakwah berasaskan kerangka penulisan beliau seperti tercatat dalam risalah Majmuah Rasail dan Muzakkirat Da’ie wa Dai’yah.

Imam Hasan Al-Bana menjelaskan antara ciri-ciri dakwah IM ialah tadarruj fil al-khutuwat (beransur-ansur dalam setiap tahap) . Beliau juga telah menggariskan peringkat-peringkat amal iaitu Marhalah Takrif -peringkat propaganda, pengenalan, mengemukakan gagasan fikrah dan menyampaikan kepada khalayak dalam pelbagai peringkat bangsa. Kemudian Marhalah Takween iaitu memilih ansor (pendokong) dan menyediakan barisan tentera,menyiapkan sof dari kalangan para mad’u kemudian kepada Marhalah Tanfiz (pelaksanaan), amal dan intaj (menghasilkan produk).

Peringkat 1 : Dakwah Umum

Objektif :

Marhalah ini ialah marhalah mendidik umat, menyedarkan masyarakat dan merubah kebiasaan umum, menyucikan jiwa dan ruh, menebarkan prinsip-prinsip kebenaran, jihad, amal dan kebaikan dikalangan manusia. (muzakkirat da’ie wa daiyah)

Wasilah :

1. Mengadakan kelas-kelas pengajian, ceramah-ceramah, ucapan , penulisan, deligasi, kembara, perhimpunan , lawatan dan lain-lain lagi.(hal nahnu qaumun ‘amaliyun).Ini merupakan dari sebahagian wasilah takrif.

2. Memilih anasir-anasir solih untuk memikul beban jihad dan mengumpul sebahagian daripada mereka dalam satu kumpulan. (risalah taklim).Ini merupakan proses takween (pembentukan). Antara metod di marhalah ini ialah usrah, katibah, pasukan pengakap, jawlah, latihan kesukanan dan lain-lain lagi. ( risalah muktamar ke-5)

3. Melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan khidmat umum seperti membina masjid dan memakmurkannya, membuka dan menyelia sekolah dan perpustakaan, mewujudkan kelab-kelab, mendamaikan manusia di desa dan bandar, menjadi pengimbang antara golongan kaya yang alpa dan golongan fakir yang memerlukan bantuan dengan melakukan kerja-kerja keihsanan, mengumbul derma dan bantuan untuk diedarkan pada sempena-sempena tertentu, majlis –majlis perayaan (dakwatuna fi thaurin jadeed), mengadakan institusi, melaksanakan kerja-kerja khidmat kemasyarakatan.(hal nahnu qaumun amaliyun). Ini merupakan sebahagian daripada wasilah pelaksanaan dalam pengertiannya yang umum dan ia merupakan sebahagian dan maksud daripada proses marhalah takrif. (risalah taklim).

Peringkat 2 : Dakwah Khusus

Objektif :

Menyampaikan dakwah kepada seluruh pemimpin yang terdiri dari pimpinan negara, para menteri, pemerintah, ulama, senator, ahli parlimen dan pemimpin parti politik. Seruan ketika ini ialah dakwah ke arah manhaj dan agenda perubahan yang dibawa oleh Ikhwan, projek dan programnya tersendiri berada dihadapan para pemimpin tersebut, menuntut mereka mengemudi negara Mesir di atas landasan Islam dengan penuh keberanian tanpa rasa curiga, jelas tanpa ada sangkaan,keraguan dan kesangsian. Jika mereka menerima seruan dakwah ini dan berjalan dengan cara ini untuk satu matlamat , maka kami akan membantu mereka. Jika sekiranya mereka memilih untuk berkonfrantasi, maka kami mengisytiharkan perang terhadap para pemimpin atau ketua parti politik atau organisasi yang tidak bekerja membantu Islam atautidak berjalan atas satu jalan kea rah mengembalikan hukum Islam dan keagungannya.

Contoh Aktiviti :

Antara contoh aktiviti di fasa ini ialah menubuhkan lujnah (biro)perlembagaan dan undang-undang untuk mengkaji struktur dan sistem pemerintahan, membuat perbandingan antara sistem ini dengan sistem-sistem Islam dan menerangkan aspek perbezaan tersebut.

Peringkat 3 : Menegakkan Daulah

Ia merupakan fasa yang tidak dicapai oleh Imam Hasan al-Bana ketika hayatnya dalam bentuk yang menyeluruh. Namun ada usaha-usaha menuju ke arah tersebut dengan pencalonan diri Imam Hasan al-Bana untuk bertanding dalam majlis perwakilan (anggota parlimen) pada tahun 1942 dan 1944 walaupun akhirnya beliau menarik diri.

Manakala dari aspek penglibatan Ikhwan dalam perang Palestin telah memberikan kesan kepada politik Mesir dan sekutunya.Termasuk ketika itu usaha melakukan pembunuhan terhadap Imam Hasan al-Bana secara licik tidak membuka ruang bagi beliau menentukan langkah-langkah seterusnya dari marhalah ini.

Apa pun yang terjadi, kita boleh membuat rumusan berdasarkan tulisan beliau di dalam Majmuah Rasail sebagai peringkat perjuangan menegakkan daulah.

Objektif :

Fasa ini ialah peringkat membebas dan memerdekan negara dari segala bentuk kekuasaan luar (asing) yang bukan Islam samada dari aspek politik, ekonomi, spiritual. Membaiki kerajaan hingga menjadi kerajaan yang benar-benar Islam melalui kaedah nasihat dan peringatan. Jika kerajaan ini enggan maka hendaklah disingkirkan dan dijauhkan (pecat).(Risalah Taalim)

Peringkat 4 : Mengembalikan Khilafah

Peringkat ini dilakar oleh Imam Hasan al-Bana secara teorikal. Beliau menjelaskan bahawa jika terbentuk sebuah kerajaan Islam dalam pelbagai negara di dunia Islam, semestinya kerajaan tersebut mengadakan kerjasama kebudayaan dan ilmu, kemasyarakatan, ekonomi antara sesama rakyat seIslam. Kerajaan itu juga menjalinkan perjanjian, menganjurkan dewan perhimpunan, muktamar antara negara-negara itu sehingga membentuk kelompok ummah Islamiah.

Jika sekiranya sempurna perkara tersebut kepada umat Islam, akan terhasil dari perhimpunan itu seorang ketua yang bertindak sebagai penghubung ikatan , tempat berhimpun segala gugusan umat dan tempat kecintaan segala jiwa dan hati.(Risalah Muktamar Khamis)


(di copy dari ustaz azizee )



so bagaimana pula anda??

jika ingin lebih memahami manhaj yang dibawa oleh Imam Hassan Al-Banna........

sila daftar konvensyen ini...


Tuesday, January 19, 2010

bagaimana diri kita di akhirat???

1 comments


Pada hari kiamat semua umat akan duduk berlutut. Mereka akan diberikan kitab amalan mereka: Allah menyalin semua yang kita akan lakukan didunia di dalam kitab untuk membalas segala perbuatan kita.

Firman Allah swt:

وَتَرَى كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةً كُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَى إِلَى كِتَابِهَا الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Font size
Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan.


هَذَا كِتَابُنَا يَنطِقُ عَلَيْكُم بِالْحَقِّ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

(Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan".


Ayat 28 - 29 surah al-Jathiah.

Ibnu kathir berkata:

Semua manusia duduk berlutut kerana terlampau terkejut dengan kedatangan neraka yang ditarik malaikat. Ketika berbunyinya hembusan nafas neraka, semuanya terduduk berlutut. Nabi ibrahim pun sama dan berkata "Diriku , diriku , diriku. Aku hanya meminta padamu untuk diriku sahaja. "




Sebab apa manusia semua terduduk berlutut ? ini sebab kedatangan neraka yang ditarik oleh jutaan malaikat. Firman Allah swt:

وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

"Dan pada hari itu didatangkan neraka Jahannam; dan pada hari itu manusia akan ingat amalannya yang lepas, akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya." (23 : al-Fajr)




Jutaan Malaikat yang menarik neraka seperti mana yang diceritakan oleh baginda:

يؤتي بجهنم يومئذ لها سبعون ألف زمام مع كل زمام سبعون ألف ملك يجرونها

" Pada hari kiamat neraka jahanam aka di datangkan oleh para malaikat. Ia mempunyai 70 ribu tali penarik. Setiap tali akan ada 70 ribu malaikat yang menariknya."

Hadis sahih Muslim.




Aaaaaaaaaaaah... begitu dahsyat sekali neraka jahannam. Patutla semua , sehingga para Nabi pun terduduk. Manusia bukan sahaja terduduk. Malahan mereka menyesal diatas kecuaian yang mereka lakukan di dunia. Lihatlah sambungan ayat tadi. Tuhan berfirman :

يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي

(setelah didatangkan neraka) Dia berkata: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini"

ayat 24 : al-Fajr




Seorang sahabat Nabi saw yang bernama Muhammad bin Abi 'Amirah berkata:

"Kalulah seorang hamba Allah itu merebahkan wajahnya ke bumi sejak ia dilahirkan sehingga dia mati dalam melakukan ketaatan nescaya dia tetap akan menghina dirinya pada hari kiamat dan berharap akan kembali ke dunia untuk menambahkan amalan dan pahala."

Hadis Mauquf dgn sanad sahih riwayat Imam Ahmad.

Dalam ayat 23 surah al-Fajr diatas tuhan menyatakan bahawa ketika neraka jahannam dibawa oleh malaikat barulah manusia teringat untuk beramal, tetapi tuhan jawab:

وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

"Dan apa gunanya manusia baru teringat ketika itu." (23 : al-Fajr)




Tuhan telah memberi manusia peluang yang cukup di dunia tetapi manusia tidak menggunakannnya , maka terimalah akibatnya pada hari kiamat. Firman Allah swt:

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحاً غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ

Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka) nescaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan(tuhan berkata)". Dan bukankah Kami telah memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan ? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. (37 : al-Fatir)




Jadi hujjah Allah kepada ahli neraka ada dua:

Pertama: Allah sudah memberi umur dan masa yang cukup tetapi manusia sibuk dengan kepentingan dunia. Amalan agama pun diniatkan untuk dunia. Jadi setiap detik yang kita lalui ini amatlah berharga.

Kedua: Para pemberi peringatan dikalangan Rasulullah saw dan para ulama sudah memberi peringatan tetapi kita tidak mahu mendengarnya. Kita malas untuk ke majlis ilmu.

Pada ketika manusia berlutut di depan neraka , setiap manusia hanya memikirkan tentang dirinya sahaja. Manusia tidak memikirkan hal keadaan orang lain. Ibu bapanya, sanak saudara , rakan taulan, kekasih hati dan lain-lain. Semuanya sibuk dengan diri masing-masing. Firman Allah swt:

يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ .وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ . وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ . لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ

pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari istri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. " (33-37 : Abasa)



KESIMPULAN

Marilakah kita sama2 menginsafi diri dan kembali pada tuhan. Tuhan bertanya bila hati kita hendak khusyuk dan diri kita hendak tunduk dengan ajaran tuhan. Firman Allah swt:

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (16 : al-Hadid)

MARILAH KITA KEMBALI KEPADA TAAT DAN JAUH DARI MAKSIAT ZAHIR DAN BATIN. TAAT ITU KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT SERTA MAKSIAT ITU MEMBAWA KEKECEWAAN DUNIA AKHIRAT

rujukan: Tafsir Ibnu kathir dan Ahwal Yaumil Qiamah oleh ibnu kathir.


diambil dari blog ustaz salman
(musim exam..copy paste jer ekk)

About me

My photo
Malaysia
Hamba tuhan yang mencari redhaNya..... Meniti kehidupan ke arah kematian... Sentiasa terbuka dalam berbincang.... Menulis ke arah pembangunan jiwa..... tiada yang lain,hanya kerana Allah...
 

Suara Dari Hati Ke Hati Design by Insight © 2009