Saturday, January 30, 2010

Penyelesaian isu umat kini.......


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Perkembangan terkini isu-isu dan permasalahan dalam negara telah memperlihatkan permasalahan sebenar yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia khususnya orang Melayu. Kegagalan dalam menangani isu-isu berkaitan dengan kepentingan agama dan bangsa secara bersama telah memperlihatkan kelemahan yang sangat nyata.

Fenomena ini telah menjadikan bangsa Melayu kelihatan satu bangsa yang sangat lemah hingga tidak mampu untuk membuat keputusan demi kepentingan mereka sendiri. Walaupun bangsa Melayu merupakan kaum majoriti di negara ini namun perpecahan yang ketara menjadikan mereka mudah dibayangi oleh kekuatan bangsa lain. Andai kata masalah ini tidak segera dirawat maka nasib orang Melayu dan agama Islam di negara ini akan menghadapi masa depan yang gelap.

Kenapa al-Banna ?

Kita memilih Imam al-Banna sebagai rujukan kerana pemikiran beliau kekal segar sebagai pelopor pemikiran alternatif yang mendominasi pemikiran perubahan pada abad ke-20. Ini diakui sendiri samada oleh sarjana barat mahupun timur sebagai satu penyelesaian yang terbaik bagi membangunkan sesuatu bangsa. Pemikiran ini lahir setelah beliau membuat kajian serta mengambil kira kekuatan dan kelemahan gerakan Islam semenjak ratusan tahun yang lepas. Pemikiran ini dianggap satu penyelesaian yang kompreshensif sesuai untuk mana-mana bangsa di dunia.

Memperjuangkan bangsa bukan perkauman

Hari ini terdapat di kalangan orang Melayu sendiri yang ingin menghancurkan keperibadian kebangsaan mereka dengan mengatakan bahawa memperjuangkan bangsa Melayu adalah perkauman. Kefahaman ini disanggah oleh al-Banna yang menganggap perjuangan memuliakan bangsa demi agama adalah satu keperluan:

“Umat yang sedang bangkit memerlukan kepada perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa dan bersejarah sehingga terbentuk dalam diri generasi muda. Lantas mereka berjuang demi keagungan dan kemuliaan itu dengan darah dan roh mereka. Mereka bekerja demi kebaikan tanah air, kemuliaan dan kebahagiaannya”.

Jadi, al-Banna mengemukakan bahawa untuk menjayakan agenda Islam yang besar hendaklah bermula dengan membangunkan sebuah bangsa yang kuat. Inilah agenda yang patut kita bersatu di atasnya.

Islam kuat dengan penganut yang kuat

Kita percaya agenda Islam di rantau ini tidak akan menampakkan cahaya selama orang Melayu, yang merupakan penduduk majoriti beragama Islam, berada dalam keadaan lemah dan dipolitikkan (musayasah). Oleh itu adalah menjadi gagasan kita untuk membangunkan semula bangsa Melayu supaya ia menjadi bangsa yang kuat yang boleh menentukan kata putus dalam hal kepentingan diri dan masa depan mereka. Dengan itu mereka layak menjadi bangsa memimpin dan menerajui risalah Islam.

Di sini ISMA mencadangkan perdamaian antara islamis dengan nasionalis atas satu agenda membangunkan sebuah bangsa yang hebat. Kami berpendapat pergaduhan antara islamis dan nasionalis sudah tidak relevan lagi. Berlarutan dalam pergaduhan menyebabkan kita terpesong dari tujuan asal dan berkemungkinan terjebak dalam agenda yang disusun oleh orang lain.

Kesatuan umat

Antara penghalang besar kepada Melayu hari ini untuk menjadi satu bangsa yang terhormat dan memimpin ialah disebabkan oleh sikap kepartian yang melampau hingga mengakibatkan perpecahan. Oleh itu ISMA berpendapat, bersatu atas satu agenda merupakan satu kefardhuan yang mesti dilaksanakan.

وأطيعوا الله و رسوله و لا تنازعوا فتفشلوا وتذهب ريحكم و اصبروا ان الله مع الصابرين

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, jangan kamu bertelagah sesama sendiri, nescaya kamu akan gagal, dan akan hilanglah kekuatan kamu semua, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar” (al-Anfal: 46).

(petikan diambil dari ismaweb.net)


20 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.. sekadar pandangan, pada pemerhatian dan pemahaman saya, yg berlaku di Malaysia bukanlah sekadar pertembungan antara nasionalis dan islamis.

Bahkan pertembungan ini adalah pertembungan pemikiran antara sekularis (memisahkan agama dari urusan hidup) dan islamis (seruan pengamalan syariah secara menyeluruh).

Menyingkap kata2 Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Mursyidul Am PAS), beliau sudi dan sanggup meninggalkan dan membubarkan PAS andaikata UMNO mengubah dasarnya yang menolak pengamalan Islam secara menyeluruh dalam urusan pentadbiran negara kepada pengasimilasian Islam yang syumul dalam dasar kenegaraan mereka.

Dasar itu yang diperangi, yang bertembung. Bukan sekadar dua parti yang berbalah merebut tampuk pemerintahan di Malaysia. Jika benar UMNO@BN ingin memartabatkan Islam di negara kita, apakah tempoh 50 tahun merdeka hanya melihatkan kehancuran dan kemerosotan nilai Islam di Malaysia hari demi hari?

Adapun seruan dari IHAB itu memang jelas memberi isyarat jika sesuatu bangsa itu membangun bersama panji Islam yang kukuh dan jitu, sudah pasti dengan membangunnya bangsa itu akan menguatkan lagi keutuhan Islam. Seperti mana yang berlaku pada episod jatuh bangun umat Islam terdahulu yang mulanya dipimpin bangsa arab sehinggalah bangsa Turki yang menjulang panji Islam sebelum kejatuhan Khilafah Uthmaniah.

Mungkin akhi Saif perlu mendalami lebih mendalam akan kancah politik di negara kita dari sumber2 yg jelas dan tepat. Elakkan sikap bias dan mencari peluang untuk menguatkan konsep perjuangan yg dibawa ISMA sehingga tidak berpijak di bumi nyata.

Wallahul musta'an, wallahua'lam..

Mohd Saif Jamaluddin said...

syukran atas pandangan....
masing2 mempunyai pandangan yang tersendiri...
maka berusahalah untuk memajukan agama dan bangsa seiring dengan apa yang kita paham....

ana menghormati dan menyokong pandangan saudara......

biarlah kita berusaha bersama2 dengan cara tersendiri...

tidak perlu mengatakan org ini tak betul....org itu tak betul....


tapi pada akhirnya akhi
.... yang dipersoalkan di akhirat..
apa amal kita untuk agama ini....


Wallahul musta'an, wallahua'lam..

Anonymous said...

assalamualaikum..

ana keliru dgn kesimpulan yg akhi saif bawakan.

di sini satu penyelewengan fakta berlaku dan diperbetulkan saudara anon di atas, tp akhi saif hanya memutuskan utk menghormati tanpa pembetulan fakta tersebut..

faktanye pertembungan di tanah air kita bukan pertembungan islamis dan nasiolis, tetapi pertembungan islamis dan sekularis. maka petikan kata Syahid Imam Hassan Al-Banna dah x relevan dgn situasi pertembungan ini.

Sebab apakah yg islamis nye tidak punyai semangat terhadap bangsa masing2? pokoknye yang dimartabatkan itu sepatutnye agama Islam, bangsa yang kedua. kalau sebab bangsa, agama dinombor duakan, salah dah kedudukannye.

kalo camni sikapnye, sampai bile kesalahan x diperbetulkan. nta kene jujur syeikh, jgn bermain dgn fakta yg nta reka sendiri.

skadar melontar pandangan, wallahua'lam..

sekian, wassalam..

Anonymous said...

salam.
kpd akhi 'anonymous' yg memberi komentar :

"di sini satu penyelewengan fakta berlaku dan diperbetulkan saudara anon di atas, tp akhi saif hanya memutuskan utk menghormati tanpa pembetulan fakta tersebut.."

saya mahu betulkan bhw akhi saif tidak buat penyelewangan. dalam entri ini hanya mengatakan pertembungan antara nasiolis dan islamis..

maka, akhi anonymous yg pertama tadi pula menambah pandangan dengan mengatakan:

"yg berlaku di Malaysia bukanlah sekadar pertembungan antara nasionalis dan islamis."
Bahkan pertembungan ini adalah pertembungan pemikiran antara sekularis (memisahkan agama dari urusan hidup) dan islamis (seruan pengamalan syariah secara menyeluruh)"

take note dgn perkataan "bukan sekadar" ..

Yang Benar, sahabat saif,
(ikhwah selatan malaysia)

musafirtibbi said...

islamis dan sekularis bagi mereka yang meihat dari kacamata islamis..

tapi islamis dan nasionalis dari mereka yang meihat dari kacamata marhaen, non muslim n non bumi.

blehla kot baca buku farish a noor. di sebalik malaysia.

Yang baik ambil yang x baik ambil pengajaran

just my 2 cents..

Wallahu A3lam

orang lama said...

Salam, menarik untuk komen sanggahan anon di atas ttg ide penyatuan ummah yang hangat diperkatakan sekarang.
Nak komen sikit pasal kenyataan di bawah:

Menyingkap kata2 Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Mursyidul Am PAS), beliau sudi dan sanggup meninggalkan dan membubarkan PAS andaikata UMNO mengubah dasarnya yang menolak pengamalan Islam secara menyeluruh dalam urusan pentadbiran negara kepada pengasimilasian Islam yang syumul dalam dasar kenegaraan mereka.

Seringakali saya perhatikan islamist diMalaysia suka bertaklid kepada orang2 tertentu contohnya TG Nik Aziz seolah2 beliau quddus dan tidak melakukan kesalahan dalam berpolitik. Beliau hanya manusia biasa....apakah bila beliau berbeda pandangan dgn TG Haji Hadi dan Ustaz Nasah dalam hal kesatuan ini beliau masih dianggap quddus juga?

Sikap TG Nik Aziz yang percaya kepada Karpal Singh dan DAP yang terang2 menolak perlaksanaan Islam di Malaysia dan menolak untuk berbaik2 dan bekerjasama dengan UMNO yang terdiri dari orang2 Melayu Islam sangat tidak munasabah jika dipandang dari sudut syarak...

Bukankah DAP membawa gagasan Malaysian Malaysia...pluralisma...yang jelas merugikan ummat Islam sekiranya dasar ini dibenarkan terlaksana melalui pertolongan PAS??

Sama-sama kita fikirkan...janganlah orang Melayu menjadi Pak Kadok...menang sorak kampung tergadai!!

PEMENANG said...

nyatakan dulu saip ape masalah ummah ini..nikan blog ramai org bace..so ko kene expect bukan sume celik keadaan sekitar cam ko.....

PEMENANG said...

eh2..

maksud aku nyatakan secara mendalam..bukan kabur cam kenyataan kat atas.....

contohnya masalah rasuah....
salah gune kuasa...
penyelewengan wang....
pembaziran duit cukai.....
masalah sosial....
hedonisma tidak terkawal....

PEMENANG said...

sori saip menyibuk... nak respon sket terhadap org lame....dia x bagi biodata dia...so susah nak contact

kepada orang lama....

kita kena objektif...bezakan identiti ahli dengan parti/persatuan

ahli umno memang banyak melayu islam
tapi ape dasar umno? dasar ini yang patut dipersoal..

sama juga dengan DAP...dasar dia juga bagaimana?

sila kaji juga mengapa PAS lebih memilih berkawan dengan DAP berbanding UMNO......

UMNO hanya sebuah parti kalau kita tak suka UMNO tak bermakna saya tak suka ahli UMNO

atau contoh kalau org Islam buat jahat adakah Islam tu jahat?

atau contoh kalo saye x suke isma adekah bermakna saye x suke ahli isma?

so menilai hendaklah objektif...fahami tindakan TGNA.....

berkawan tak bermakna setuju....dan politik ialah menda bukan mudah dan strategi dia harus dikaji ....jangan mudah2 melabel orang lain ye orang lama....

mungkinkah mudarat Malaysian Malaysia bawaan DAP lebih kecil jika dibandingkan dengan mudarat idea sekular UMNO? atau kalo x pon UMNO dasar dia sekular...bagaimana dengan tindakan2 kezaliman yang secara naluri kita membencinya....

nasihat saya cube fahami tindakan politik dengan cara politik.....

politik melibatkan persepsi orang ramai dalam sistem demokrasi ini kerana dalam sistem ini susra maoriti menjadi penentu...bukan kebenaran itu.....

SORI SAIP...panjang sangat xtau cane nak contact org lame.....

Mohd Saif Jamaluddin said...

--> kepada semua
"saudara sekalian

Setiap kali saya berada di hadapan sidang hadirin yang mendengar ini, saha mohon kepada Allah semoga hari kita beralih daripada medan bercakap kepeda medan bekerja, medan mengatur strategi dan kaedah kepada medan melaksana dan mempraktikkan akan semakin hampir.

Sudah sekian lama kita habiskan masa kita berucap dan bercakap. Masa menuntut kita supaya segera melangkah kearah kerja yang serius dan prodiktif. Seluruh aspek di dunia ini bergantung kepada aspek kekuatan dan kesiap siagaan sedangkan kita masih dalam dunia bercakap dan berkhayal"

(ucapan\tulisan IHAB dalam majmuah risalah bab "buat mahasiswa")


mari sama-sama kita baca balik bab ni dalam majmuah risalah.....

bukan sekadar mendapat input2 dalam blog sahaja....

--> kepada safwan
ana rase anta sendiri tahu kot masalah umat ini....
ape kater dalam blog anta ...nta tulis ape yg nta tahu....dan konsikan bersama...


-->kepada Anonymous-Anonymous dan org lama
syukran atas pandangan masing2....
semoga terus thabat dalam memperjuangkan agama ini....

semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang hanya bercakap.....


--> kepada sahabat saif (ikhwah selatan)
adeh....ramai laa sahabat kat sane... ni yg mane satu ek...hehehe



Wallahul musta'an, wallahua'lam..

orang lama said...

Salam, saya sarankan pemenang sudi membaca tulisan Dr Riduan Tee yang saban minggu keluar di Minguan Malaysia. Beliau seorang Cina Muslim yang memahami sikap orang2 Cina di malaysia...amat bimbang dengan sikap Melayu Islam yang berpecah belah dalam realiti politik Malaysia. Kalau seorang Cina yang Islam faham dan bimbang dengan perpecahan orang Melayu Islam, malang sekali orang macam pemenang masih keliru dengan perintah Allah supaya kita berpegang kepada tali Allah dan jangan berpecah belah. Sejahat2 UMNO pun dia masih seakidah dengan kita...tapi DAP kata kalau nak buat Islam di Malaysia...over my dead body...Masih nak percaya ka? Sendiri mau ingat la!!!

pemenang2 said...

kepada orang lame--->

oooo...gitu eh....nanti saye kaji balik

ok2 terima kasih ....


kepade saif--->

haha...aku malas sekarang nak berblog... nak komen kat blog orang lain je....aku pon tak tahu sangat masalah umat/masyarakat.....sebab tu aku komen walaupun aku tahu aku ni jahil supaya kejahilan aku dapat dibetulkan....

Anonymous said...

assalamualaikum kepada semua pembaca..

sebagai anon pertama, saya ingin memberi sedikit respon kpd pandangan sahabat2 skalian;

kepada ikhwah selatan---->
apa yang saya maksudkan dgn 'bukan sekadar' itu adalah isu yang sebenarnye bukanlah nasionalis, tetapi lebih besar drpd itu, pertembungan dgn sekularis yang mewarisi cara pemikiran yang diturunkan Lord Reid.

bahasa 'bukan sekadar' bukan merujuk kepada nasionalis sbg punca masalah, ttp sekularis adalah musuh utama kpd usaha memartabatkan Islam.

kepada orang lama ---->
apakah bila saya menaqalkan kata2 TGNA maka saya taqlid kpd beliau?

apa yg saya nak katakan adalah pendirian orang penting dalam PAS sendiri memberi isyarat bukanlah pemikiran nasionalis yg diperangi, ttp pemikiran sekularis yg ingin dilenyapkan.

saudara perlu faham persamaan antara PAS dan DAP adalah pada memperjuangkan keadilan dan anti-korupsi yang berlegar dlm pemerintahan kerajaan sekarang. itu lebih besar berbanding isu 'melayu-islam' yang dijaja sesetengah pihak.

kerana kesannya adalah kepada keseluruhan rakyat malaysia daripada kebajikan seorang bayi sehinggalah nasib seorang tua yang hidup di Malaysia.

konsep 'tahalluf siyasi' dlm siyasah syar'iah yg digunapakai PAS harus saudara fahami dan teliti seblom membuat sebarang komen terhadap tindakan pimpinan PAS berkenaan kerjasama dgn non-muslim.

kepada akh farid ---->
sememangnya saya menggunakan kaca mata islamis sbb setahu saya itulah fakta yg berlaku antara dua pihak tersebut.

PAS berhadapan dgn UMNO kerana dasar sekularisme yg mereka anuti, tidak lebih dari itu. dasar metarialisme inilah yang mencambahkan kerosakan dlm pentadbiran Malaysia spt korupsi dll.

kepada semua ---->

bila kita berbincang di sini, tidaklah bermaksud kita tidak beramal di medan luar. bahkan, amal kita perlu seimbang dengan seruan yang kita laungkan.

banyakkan amal, kuatkan seruan ke arah perubahan islamisasi masyarakat setempat. prihatin kpd isu semasa umat islam sedunia.

saya mohon maaf atas silap dan salah.

Wallahul Musta'an, wassalam..

Mohd Saif Jamaluddin said...

kepada akhi Anonymous yg pertama dan yg sebelum ini...

jelas sekali pandangan kita berbeza2 dalam isu ini....


saudara telah menyatakan pendirian saudara ....
terima kasih saya ucapkan...
dari apa yg saudara tulis...jelaslah bahawa...saudara adalah seorang rijal yang mengambil berat hal umat masa kini...
syabas dah tahniah dari saya...
semoga saudara terus gerak dalam medan berjuang......


kita mempunyai pandangan yang berbeza2 dalam beberapa isu...

namum begitu....
perkara yg menjadi titik pertemuan dan persamaan kita adalah yakin dan percaya bahawa kita perlu menaikkan kembali agama Allah ini.....
kita perlu berusaha untuk mencapai matlamat ini...

semoga kita tergolong dari kalangan org2 yg bekerja untuk agama ini...


sekadar tambahan kepada semua.....
boleh baca link dibawah untuk pemahaman yang lebih........

persoalan kenapa melayu dalam perjuang islam

http://ustabdullahzaik.wordpress.com/2009/11/04/persoalan-kenapa-melayu-dalam-perjuangan-islam/

orang lama said...

Salam,

Nak respon kepada anon di atas, tentang kelebihan bekerjasama dengan DAP dibandingkan dengan UMNO kononnya atas dasar menentang korupsi. Untuk pengetahuan saudara slogan anti korupsi ni biasanya dibuat oleh pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang ada...tapi anon kena faham...POWER CORRUPTS...POWER BREEDS CORRUPTION...
Apa saudara anon ingat kerajaan pakatan yang dimonopoli DAP di Perak tu tidak korup ke...
Pengalaman adik saya yang bekerja di DBI Ipoh dan berada didalam tender board untuk projek menunjukkan bahawa Exco2 DAP tu sama korupnya...contohnya menekan Datuk Bandar untuk memberi projek kepada kroni2 mereka walaupun tender board telah membuat keputusan. Saya percaya kalau orang2 PAS Perak tahu akan perangai Exco2 DAP ni nescaya mereka tidak berbaring di atas jalanraya mempertahankan kerajaan Pakatan yang ber MB kan orang PAS tapi peranannya minima saja dalam kerajaan tu sebab DAP ada 6 orang Exco.
Cuba baca komen2 dua ahli Parlimen PKR di Penang terhadap KM Lim Guan Eng sehari dua ni....macam lebih teruk dari kerajaan BN je bunyinya.
Saya sarankan anon lebih memahami waqi' sebelum nak bertahalluf siasi....seperti yang saya katakan sebelum ni...takut Menang sorak Kampung tergadai aje....sekian

PEMENANG said...

wa...bagus2....

anon ngan orang lame cepat2 bincang...menarik nih...

jangan bohong sudah....

PEMENANG said...

eh ORANG LAME ngan ANON cane nak contact nih?

bagi la identiti sebenar....adeh

berani la sket dengan pendirian sendiri ....hehe

orang lama said...

Salam,

Kepada pemenang, walaupun diluar sana penuh dengan pembohongan, tapi saya insyaAllah tidak akan berbohong dengan fakta yang saya temui....
Yang penting kita tidak mudah tertipu dengan fakta bohong dan emosi yang melulu....
Apa yang saya dapati disebabkan emosi, kebencian kepada UMNO oleh orang PAS agak melampau hatta didalam keperluan menjaga kepentigan orang Islam pun kadang2 orang PAS menolak untuk bekerjasama sebaliknya lebih mempercayai DAP....Sedangkan DAP yang kelihatan bermusuhan dengan MCA/Gerakan tetap bekerjasama secara strategik demi kepentigan bangsa mereka...
Adakah sikap begini sesuai dengan ajaran Islam? Sama-sama kita fikirkan...

PEMENANG said...

camne nak contact org lame? saye pon nak kembangkan pemikiran saye yang tertutup nih....

takkan nak borak kat blog saif...kesian r dia...

kan da penoh komen kat sini...

orang lama said...

Salam, saya d Msia, insyaAllah kita bole berbincang diblog pemenang tq

Post a Comment

About me

My photo
Malaysia
Hamba tuhan yang mencari redhaNya..... Meniti kehidupan ke arah kematian... Sentiasa terbuka dalam berbincang.... Menulis ke arah pembangunan jiwa..... tiada yang lain,hanya kerana Allah...
 

Suara Dari Hati Ke Hati Design by Insight © 2009