Monday, May 16, 2011

i'm not perfect

3 comments

Kehidupan merupakan sebuah perjalanan hidup, di mana hala tuju or the end road telah ditetapkan oleh Allah ta’ala. Ini sejajar dengan fikrah yang dimiliki oleh Imam Hassan Al-Basri Rahimahullah apabila ditanya kepadanya, kenapakah manusia diciptakan. Maka beliau menjawab dengan mudah, “kita diciptakan untuk mati.”

Apa dimaksudkan oleh Imam Hassan Al-Basri bukanlah bermaksud penciptaan manusia ini sia-sia atau pon untuk mati begitu sahaja, akan tetapi tersirat dalam kata-katanya menunjukkan bahawa kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan selepas kematian. Kematian adalah the end road yang dalam kehidupan dan di sini juga bermulanya kehidupan kita yang baru, iaitu di alam akhirat.

Di dalam menyelusuri kehidupan ini, ada beberapa noktah yang boleh kita sepakati.

Pertama

Kita merupakan manusia yang diciptakan Allah ta’ala dengan sebaik-baik ciptaan sebagaimana disebut di dalam Al-Quran

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

“sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”

(surah At-tin 4)

Kedua

Kita dijadikan oleh Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi." (Al Baqarah: 30)

Ketiga

Kita umat Muhamad adalah sebaik-baik umat

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) (surah Ali Imran 110)

Jika kita teliti ayat-ayat di atas, sedarlah bahawa kita merupakan hamba Allah yang sangat hebat. Kita diciptakan dengan sebaik-baiknya dan Allah juga telah memberi satu amanah yang cukup besar untuk kita pikul iaitu amanah khalifah di muka bumi. Allah juga telah menyatakan kita umat Muhammad adalah sebaik-baik umat. Maka jelas pada kita, manusia bukanlah satu ciptaan yang biasa-biasa bahkan ia merupakan satu ciptaan yang luar biasa.

Kita dapat lihat di dalam ayat dibawah di mana, keutamaan manusia serta kehebatan manusia itu.

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang untuk memikulnya, tetapi mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya kerana mereka tidak mempunyai kesediaan untuk memikulnya. Pada ketika itu manusia dengan persediaan yang padanya sanggup memikulnya. "(Al-Ahzab : 72)

Setelah dibentangkan tentang kehebatan dan kekuatan manusia sebagai satu ciptaan, maka ingin saya timbulkan beberapa persoalan di sini. Dimanakah datangnya kegagalan, kemalangan, kesedihan, keperitan, kesakitan? Kenapakah manusia menjadi futur setelah berada dijalan dakwah dan tarbiah? Mengapakah manusia tenggelam di dalam dunia kemaksiatan dan hilang dari susur jalur keimanan?


Jawapanya ialah manusia adalah manusia…..


Memang diciptakan dengan kelemahan, emosi, dan kealpaan. Sukar untuk menjadi insan yang sempurna sepenuhnya. Syair di bawah merupakan luahan tentang dunia yang inginkan orang yang sempuna.

They strive for perfection
I strive for true humility,
Selflessness and honesty
Yet i'm not perfect
Although i might seem as
An outcast gliding unto oblivion
I'm not perfect to a sense of
Poise, purerity and social class.

Perfectionists are phylosophers
Searching for reality inside
A deep, dark void of suffering
Pain and closed wounds of
Patriots of humanity thus
I'm not perfect
I might belong to a commoner
Culture but i'm differrent
And differrent means differrence.


In all my grief and complaints
I've not reached perfection nor
Is it my priority, perfection
Is greed with a positive persona
Which devaours those who go
On quests for it and end up in
Miserable and regretful states
And in all of this still i remain
Still i'm not perfect

Tidaklah pernah saya berjumpa dengan seseorang yang perfect di dunia ini. Jika andai anda berjumpa dengan seseorang yang perfect, sila khabarkan kepada saya. Ingin benar saya berjumpa dengannya!!..

Maka fitrah manusia itu tidaklah sempurna di dalam sesuatu hal, maka hendaklah kita para daie mempunyai beberapa factor untuk membantu kita terus thabat dan terus maju di dalam dakwah dan tarbiah ini.

Factor pertama

Faham

Beberapa point boleh dihuraikan di dalam bab faham ini

1) Faham mengapa kita perlu berada di dalam jalan dakwah ini. Faham tabiat jalan dakwah ini, serta faham hala tuju dakwah yang ingin dibawa.


2) Faham kepentingan untuk duduk bersama jemaah yang dipilih. Juga memahami mengapa perlunya duduk di dalam lingkungan ikhwah dan akhwat. Serigala akan mudah membaham kambing yang bersendirian.

3) memahami islam itu sendiri. Memahami bahawa Islam itu syumul, lengkap dan menyuluruh. Dengan pemahaman yang betul tentang Islam dan nilai-nilai Islam, maka akan terbentuklah jati diri yang kuat serta kuat menghadapi rintangan.

Factor kedua

Keikhlasan

Pastikanlah sentiasa menjaga niat dalam setiap sesuatu yang dilakukan. Tajdidkan niat anda sebelum melaksanakan sesuatu. Ini kerana niat yang salah pada permulaan akan menjadikan jalan yang ditempuhi menjadi salah.


Imam Albanna juga menyebut tentang ikhlas

Ikhlas ialah saudara muslim itu meniatkan setiap kata, tindakan dan jihad yang dilakukan hanya untuk Allah, mencari keredaan dan ganjaranNya tanpa mengharapkan harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Ini bermakna dia merupakan pejuang fikrah dan akidah bukan memperjuangkan matlamat dan kepentingan peribadi.

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan. (Al-An‘am: 162-163)

Dengan ini saudara muslim akan memahami maksud apa yang sering dilaungkannya:

“Allah matlamat kami” dan “Allah Maha besar dan segala puji bagi Allah”.

Factor ketiga

System sokongan or supporting system

System yang perlu diterbitkan

1) ikhwah disekeliling.

Cuba sedaya upaya untuk memautkan ukhwah di antara ikhwah dan cuba untuk terus bina hubungan tersebut dengan baik. Doa-doa ikhwah yang mendoakan kita mungkin doa yang dimakbulkan oleh Allah untuk kita terus thabat di dalam jalan dakwah ini. Binalah suasana rumah ikhwah yang dapat membantu di dalam urusan dakwah dan tarbiah. Belajarlah untuk saling menasihati dan saling membantu dalam setiap perkara. Dan carilah masa untuk berjalan-jalan supaya mewujudkan lagi suasana mahabbah serta kenangan manis dalam jalan ini. Kerana kenangan-kenangan manis ini yang banyak akan mencengkam jiwa kita untuk terus bersama di dalam jalan dakwah ini


2) pasangan hidup yang memahami

Pemilihan insan yang ingin kita hidup semati ini adalah sangat penting.

Ustaz Mustafa Masyhur ada menyebut di dalam buku tariq dakwah tentang bait muslim ini

“Dari awal-awal lagi hendaklah mereka membangunkan keluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa. Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islam yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam kehidupan ini. Menjadikan pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah. Sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa, sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalangnya. Memelihara dirinya di waktu ketiadaannya walau berapa lama pun dan mendidik serta membentuk anak-anaknya menurut Islam yang sebenar.”

3) jemaah dakwah

Jemaah dakwah perlulah menyediakan tarbiah yang cukup mantap untuk menghasilkan daie yang kuat menghadapi cabaran dan dugaan. Selain itu jemaah juga perlulah menyediakan ruang yang cukup sihat untuk ahlinya berkembang dengan baik serta dan membenarkan ahlinya menyumbang tenaga dan potensi yang ada

Telah dinyatakan di atas faktor-faktor yang membolehkan seseorang itu untuk terus thabat di dalam jalan dakwah ini. Semoga kita terus thabat untuk terus beramal dan terus diberi petunjuk serta hidayah dari Allah.

Saya memohon untuk didoakan supaya saya terus thabat di dalam jalan dakwah dan tarbiah ini sehingga saya menemui ilahi.

Ya Allah jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa berharap.

Wallahu’alam

Thursday, January 20, 2011

Superhero

2 comments

Assalamualaikum,

maaf kerana lama tidak menulis.... kadang-kadang rasa diri serba kekurangan....
so takut-takut menjadi hipokrit dalam menulis...

ape pon... bakat menulis perlu diasah.... better late than never ...

sedikit perkonsian yang harapnya dapat kita sama-sama bincangkan...

the entry for this post is about superhero ...


seringkali kita lihat...
pelbagai superhero yang berjaya ditonjolkan oleh pihak barat terutama kepada kanak-kanak....

dan ini...sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan yang mendalam secara sedar ataupon tidak sedar dikalangan kita....

kanak-kanak telah dipenuhi otak mereka dengan pelbagai superhero yang bagi mereka... sangat-sangat hebat...

jika pembaca sezaman dengan saya... pastinya antum masih ingat.. superhero-superhero yang sering keluar di kaca TV..





dan pelbagai lagi....

dan juga anime2 yang timbuh bagai cendawan...... yang terus berjaya memikat hati kanak2 termasuk juga dewasa...





jika kita perasan superhero2 ini menjadi hebat atau mempunyai kuasa yang luar biasa kerana faktor2 luar seperti digigit labah2 mutasi(spiderman) atau dari alam luar dari bumi (superman), malahan bukan semua orang boleh menjadi superhero......

sedikit demi sedikit kepercayaan ini tertanam dalam diri masing...secara sedar atau tidak...

perkara yang akan timbul.....
  1. Semangat dan usaha untuk menjadi hebat telah hilang dan mengharapkan perkara-perkara yang luar biasa terjadi.
  2. Hilangnya suasana menjadikan contoh tauladan tokoh-tokoh Islam yang patut kita kagumi seperti para sahabat dan para pejuang Islam.
  3. Kanak-kanak menjadikan idola superhero-superhero.
  4. Menampakkan pihak barat mempunyai kekuatan yang dapat menyelamatkan manusia sejagat.
  5. Hilangnya ruh jihad kerana hilangnya kisah-kisah pejuang-pejuang Islam.

jika perkara-perkara diatas terjadi maka amat malanglah umat Islam pada masa kini..

jika kita memanggil seorang kanak-kanak... dan meminta menyebutkan superhero-superhero dalam TV...pasti mereka boleh sebutkan banyak... akan tetapi jika tanya superhero dalam Islam... khuatir mereka tidak dapat sebut lebih dari 5....

maka perkara yang perlu kita laksanakan ialah
  • Memperbanyakkan sumber-sumber kisah tauladan pejuang-pejuang Islam.
  • Memastikan kita dipenuhi dengan kisah-kisah pejuang-pejuang Islam sejak dari kecik dan tertanam ruh jihad bersamanya.
  • menyediakan sumber-sumber hiburan alternatif kepada kanak-kanak terutamanya yang berunsurkan hiburan Islamik.

jika kita betul-betul amati...

Islam telah melahirkan banyak superhero-superhero yang jauh lebih hebat...
dan superhero-superhero ini lahir bukanlah dari kerana foktor-faktor yang ajaib tetapi atas semangat juang yang tinggi untuk menaikkan Agama Allah ini pada tempatnya..

Pejuang-pejuang Islam ini telah banyak mencorakkan dunia ini secara tidak sedar...




dan pelbagai lagi seperti generasi para sahabat Abu Bakar, Umar, Khalid Al-Walid dan lain2..

tidak lupa juga kepada pembuka kota Constantinople .... Muhammad Al-Fateh

juga para cendiakawan Islam yang lain seperti Khawarizmi, Ibnu Haitim dan lain2..


Dan kita dapat lihat... kita juga mampu untuk menjadi seperti mereka.....

dan kekuatan mereka lahir bukanlah dari faktor-faktor luaran ..... malah kekuatan itu lahir dari qiamullail, Al-Quran yang sentiasa hampir, solat jemaah yang tidak ditinggalkan, puasa-puasa disiang hari, dan ilmu-ilmu yang mereka pelajari.

Maka amat rugilah umat kini jika kita meninggalkan contoh tauladan yang hebat ini hanya dalam kitab-kitab dan tidak disebarkan kepada seluruh umat....


Mari kita perbanyakkan bacaan tentang superhero-superhero kita.... ma'rad kutub dah dekat kan... jom same-same shopping .... :p

dan kita sama-sama berusaha untuk berkonsikan maklumat yang ada kepada yang lain...










Friday, November 12, 2010

Ujilah Orang Yang Petah Lidahnya

0 comments
(bacaan yang agak berat....hanya kepada yang sudi membaca)
Ujilah Orang Yang Petah Lidahnya
Sekiranya kita menyelidiki sejauhmana ilmu yang penting ini diimplimentasikan, nescaya kita dapati kecacatan-kecacatan ketara yang berlaku dalam harakah Islam zaman ini adalah kerana tertipu oleh kepetahan ahli pidato dan sijil-sijil akademik atau kemasyhuran seseorang. Mereka
dilantik sebagai pemimpin sebelum mereka diuji. Akibatnya, dakwah ditimpa bencana kerana nama dakwah dilibatkan dengan mereka. Logam yang tidak bermutu akan terserlah bila berlaku bila berdepan dengan ancaman atau pujukan atau ketika polisi haraki memerlukan fiqh dakwah untuk difahaminya. Akhirnya mereka sendiri berpaling tadah.


Keimanan, fiqh dakwah, banyak terlibat dalam amal tajmi’I dan tarbawi dan jelas ketaatan adalah merupakan pengukur dalam pemilihan ahli dan mengangkat seseorang sebagai ketua. Sistem dan syarat pemilihan dalam jawatan kerajaan atau kebiasaan persatuan lain bukanlah cara kita.


Bahkan da’I hendaklah berwaspada, takut dan berjaga-jaga terhadap mereka yang petah lidahnya, banyak bercakap dan mengada-ngada kerana biasanya banyak kemunafikan dan kelemahan dari golongan seperti ini.


Da’i hendaklah jangan cepat percaya mereka yang bersifat begini kecuali setelah mengetahui hakikatnya dengan menguji, memerhatinya dengan teliti dalam satu tempoh yang lama. ‘Tauthiq’ hendaklah dibuat setelah teruji dan melihat tanda-tanda iman dan dan kejujuran.


Da’i ada contoh dalam hal ini dari para salaf. Amirul Mukminin Umar al-Khattab apabila beliau rasa bimbang terhadap al-Ahnaf bin Qais kerana al-Ahnaf merupakan ahli pidato yang mahir dan pintar. Lalu, Umar menahannya selama setahun di Madinah untuk diperhati dan diuji. Setelah itu barulah beliau berkata: “Wahai Ahnaf, sesungguhnya aku telah memerhati dan menguji engkau. Tidak ada apa yang kulihat kecuali kebaikan dan aku telah melihat zahirmu yang baik dan aku berharap supaya hatimu sama dengan zahirmu. Kami pernah mengatakan: “Tidak ada apa yang membinasakan umat itu kecuali orang munafik yang bijak.”
Umar telah menulis surat kepada Abu Musa al-Asy’ari: “Dekatilah, mintalah pendapatnya dan dengarlah pendapatnya.”


Betapanya ramai anggota di sekitar dakwah yang wajib diuji oleh pemimpin dakwah. Da’i sangat memerlukan ilmu seperti Umar al-Khattab ini. Betapa ramainya orang yang bercakap Islam dan anda lihat promosi tentangnya telah mengangkatnya begitu tinggi. Apabila anda bergaul dengannya, tiba-tiba anda dapati dia adalah seorang opoturnis, kosong hati dan roh.


Memang benarlah kata-kata Abdul Wahab Azzam:
"Sesungguhnya ada orang yang wajahyah berseri-seri, memenuhi mata dengan
bunga dan kesegaran
Orang yang celik memandangnya sebagai bunga buatan, hidupnya tidak
memberikan keharuman dan kesegaran."


Oleh kerana demikianlah, salafussoleh terus menerus menasihatkan tentang betapa perlunya dilakukan ujian-ujian ini, sepertimana yang dikatakan oleh pemimpin tabi’in Hassan al-Basri:
“Nilailah manusia melalui amalan mereka, bukan kata-kata mereka. Sesungguhnya Allah tidak membiarkan satu perkataan pun melainkan dijadikan satu bukti dari perbuatan sama ada membenarkannya ataupun mendustakannya.


Sekiranya kamu mendengar kata-kata yang baik maka perhatilah dahulu pengucapnya. Sekiranya kata-katanya selaras dengan perbuatannya maka itulah sebaik-baiknya. Bersaudaralah dengan dia dan cintailah dia. Sekiranya kata-katanya bertentangan dengan perbuatannya, maka apa lagi yang samar? Apa lagi yang disembunyikannya daripadamu?. Berwaspadalah dengannya. Janganlah kamu terpedaya dengannya.”

Demikianlah wasiat lama dari salafussoleh. Tetapi, manusia sering terlalai. Keinginan untuk segera sampai dan keinginan untuk meramaikan ahli itulah yang melalaikan da’i hingga lupa ilmu yang dipusakai oleh salafussoleh.

-MAAR

About me

My photo
Malaysia
Hamba tuhan yang mencari redhaNya..... Meniti kehidupan ke arah kematian... Sentiasa terbuka dalam berbincang.... Menulis ke arah pembangunan jiwa..... tiada yang lain,hanya kerana Allah...
 

Suara Dari Hati Ke Hati Design by Insight © 2009