Sunday, August 16, 2009

PULANGLAH……

10 comments

“Saif, tak balik mesia tahun nii kee???”


satu soalan yang sering singgah ditelinga ini, bukan sahaja dari kawan-kawan kuliah serta ikhwah-ikhwah mesir, akan tetapi juga dari kawan-kawan di Malaysia.


Selalunya saya akan sengih jer….. sambil kater “tahun ni tak balik kot”


Then soalan yang juga selalu ditanya..


“tak kan tak rindu Malaysia????”



JANGAN TANYA PASAL RINDU…..

JIKA DISEBUT PERKATAAN RINDU….

SAYALAH ORANG YANG PALING MEMAHAMI PERASAAN ITU….


Pernah sekali jalan di sebelah sebuah restoren di Kaherah…. Nampak satu family tengah makan2…. Seronok melihat mereka….tiba-tiba hati terasa sangat-sangat sebak….. teringat family di Malaysia…. Kiteorang selalu makan luar bila nak meraikan sesuatu…. Tiba-tiba terbayang wajah mama ngan abah….. terus pergi dari situ sambil mengesat air mata…..




Ape yang dirindui???


mama.....(sgt2 rindu)


abah...(mmg power bab masak2 niihh...)


abg Fadhil(doktor) ngan kak Ros(nurse)

abg muaz (jurutera)(bile nak kawen niihh???hehehe)

zahid (adek-lawwer to be) (belajar elok2 kat kolej tuu)


ahli baru dalam family(nurul husna)(anak abg fadhil)


rumahku yang tercinta


sekolahku....(sekolah kampung yang mantap)


murabbiku yang pernah mendidikku (ustaz zaidi)

(anak buah ustaz ni dah tak nakal dah........:p)


i'm also a food lover...... teringin sangat2 nak makan makanan mesia....basicly sume makanan utara.....yer laaa....family asal saner...



laksa penang (kene cari nihh...mase bazar ramadhan)


sambal petai udang.......(terasa ingin isap2 udang itu)


gulai lemak tempoyak........(tuk paling pakar masak lauk niih)


gulai lemak nangka..(sedap bila dibuat tumis daghat....org kedah jaa tau)


ikan terubuk bakar.... ikan ni byk tulang tapi sangat2 sedap.... jika nak bakar...kene cari yang betul2 fresh.... bila dibakar.... ikan akan jadi berminyak....minyak asli dari lemak ikan itu sendiri... minyak tersebut akan meresap dalam isi ikan...so ikan jadi sgt2 SEDAP!!!!!!


tak lengkap ikan bakar...kalau tak bersama air asam.... kedah style... diorang akan letak kerisik dalam air asam....sesetengah juga letak daging... pastikan belacan yg digunakan tak pahit.... boleh abes 3 pinggan nasi ngan air asam jer....hehe


abah nyer nasi pilau..... lagi2 klu nasi pilau kambing...... adussss...... dah meleleh dah air liur niih....


last one is.... kak ros nyer ikan pari asam pedas.........mantap!!!!!

____________________________________________________________________


Habes tuu…………… sebab ape tak balik????



Jika kita lihat di mesir ini pada cuti musim panas, tak ramai pelajar ada di sini, mereka tidak pulang dengan perlbagai sebab….

Antaranya….

  • · Tak de duit
  • · Nak simpan duit…. nak buat jalan2/kawen/beli barang2
  • · Mak tak kasi balik
  • · Nak rase macam mane life kat mesir musim panas
  • · Nak lepak2 ngan kawan
  • · Kat mesia tak ada bende nak buat….
  • · Kene dur tani





Tapi sesetengah orang ada sebab-sebabnya yang tersendiri…..

Inilah sebab saya tidak balik ke mesia…

  • · Sepanjang tahun menyibukkan diri dalam perlajaran medic, cuti inilah peluang untuk menambah ilmu2 tambahan dan mengikuti tarbiah dengan bersungguh2
  • · Tidak mahu melepaskan peluang mengikuti pelbagai program ketika mesim panas yang ternyata bekalan yang terbaik untuk sepanjang tahun yang mendatang
  • · Pulang ke Malaysia adalah kerehatan yang sangat jelas….. kelemahan rijal adalah waktu rehat…
  • · Membantu ikhwah mesir menjalankan program2 bagi manfaat bersama2
  • · Untuk pulang ke Mesia…duit yang diperlukan (tiket 3500 LE + 1000 LE hadiah untuk sanak saudara + 1000 LE kos hidup di mesia(jalan2 dll) = 5500 LE+- ) harga yang perlu dibayar untuk menikmati kerehatan…..sedangkan ikhwah kita di Palestin amat2 perlukan duit itu….dan mereka tidak kenal erti rehat…….jihad itu bukan sahaja dengan tenaga tetapi dengan harta….





Nasihat saya kepada diri sendiri dan kawan2….

  • · Jangan rasa bersalah untuk pulang ke Mesia….tapi pastikan ada alasan yang sangat2 kukuh
  • · Jangan berikan alasan rindu mesia untuk pulang…. Kerana jalan dakwah ini perlukan pengorbanan ….bukan sahaja pengorbanan tenaga dan harta…malah pengorbanan emosi dan perasaan.
  • · Jika rasakan tiada hadaf untuk tinggal di mesir…pulanglah ke mesia….kerna itu lebih baik (dari duduk melepak tak tentu hala)
  • · Bincanglah baik2 dengan family sebab anda supaya mereka jelas sebab apa anda tidak balik…kerana mereka dua kali ganda merindui kita
  • · Rancanglah sebaik-baiknya …apa yang perlu dibuat semasa cuti..sama ada di mesia atau pon di mesir.


Khas untuk mama ngan abah yang baca post ni….….


Maaf sesangat anak mama ngan abah ni tak balik…..


Saif sangat2 rindu mama ngan abah….


Insya Allah saif balik satu hari nanti.....


Jangan risau pasal saif kat sini…. Saif dah sihat….saif dah OK….ikhwah2 sini byk tolong saif…


Saif berbakti kat mama ngan abah dengan saif bersungguh2 menuntut ilmu kat sini dan jadi anak yang soleh dan orang yang berjuang untuk Islam ini …insya Allah…..


Mama ngan abah doakan saif kan sini yer…..

About me

My photo
Malaysia
Hamba tuhan yang mencari redhaNya..... Meniti kehidupan ke arah kematian... Sentiasa terbuka dalam berbincang.... Menulis ke arah pembangunan jiwa..... tiada yang lain,hanya kerana Allah...
 

Suara Dari Hati Ke Hati Design by Insight © 2009