Duhai sang raja untuk sehari
Matahari naik menyinari pagi
Embun menghilang ditiup pergi
Angin bergerak bagai merpati
Bunga kembang nan berseri
Hati gembira cerah mewangi
Hari indah bertambah seri
Kerna si teruna mendapat isteri
Bagai putera dengan kayangan puteri
Ikatan diikat sehidup semati
Seluruh alam gembira merai
Bila dua kasih bersatu hati
Langit bergoncang dek hentakan kaki
Kerna perasaan sukar digambari
Oleh puteri syurga sang bidadari
Mulut muncung mecebik pipi
Kerna cemburu yg tidak terperi
Kerna hatimu sudah dimiliki
Oleh gadis penghulu bidadari
Ku doa agar cinta ini
Terjalin hingga ke syurga nanti
Bahagia kekal untuk abadi
Duhai sang raja untuk sehari
Kasih diikat untuk dakwah ini
Bait muslim terbina marhalah kini
Kerja dakwah jangan dilupai
Walau sudah bercucu nanti
dakwah terus amal tarbawi
marhalah ketiga sedia dimasuki
kerna Islam kerna Ilahi
Duhai sang raja untuk sehari
Takhta raja bukan sehari
Tapi untuk sehingga mati
Khalifah bumi arahan Ilahi
Beban dipikul dihitung nanti
Akhirat kelak tuhan timbangi
Amal mana syurga dimasuki
Semoga kita thabat dalam jalan ini…
Duhai sahabat sekalin saya sayangi
Mereka sudah bersatu hati
Antum pulak bila lagi
Jangan terburu-buru mencari-cari
Kerna Akhwat sedia menanti
Indahnya cinta dijalan ini
Kerna islam kerna ilahi
Duhai sang raja untuk sehari
Nasihat terakhir saya beri
Sebagai kata sisipan hati
Jangan mengada nak tambah lagi
Sorang sahaja sudah mencukupi
Kasihanilah pula diri kami
Bagilah kami peluang beristeri
Agar dakwah berkembang lagi
Jodoh dipinta petang dan pagi
Ditemui akhawat pilihan hati
Semoga Allah sedia rahmati
Hamba-hambanya yang merintihi
Agar dakwah terus dijunjungi
Thabat dakwah sehingga mati
Syahid dicari cita-cita ini
Semoga dimakbul doa ini……
"Selepas itu kami mahukan keluarga yang Islam pada fikiran dan akidahnya, pada akhlak dan perasaannya, pada amalan dan tingkah lakunya. Ini bermakna kami perlu berikan tumpuan kepada kaum wanita seiring dengan tumpuan kami kepada kaum lelaki. Kami juga perlu berikan tumpuan kepada kanak-kanak seiringan dengan tumpuan kami kepada pemuda. ini pembentukan keluarga kami."
(IHAB - majmuah risalah - Buat Pemuda, Khususnya Mahasiswa)
4 comments:
tahniah ust os. tak sangke btol dlu same2 pesediaan kat PKG skrg dah kwen dah. tahniah buat senior, syarifah aishah juga. slmt2 ke penghujung usia bersama2.
MasyaAllah.. Alfu Mabrokk.. Terima kasih atas post ini, kalau tak ana tak tahu pun beliaun sudah berumah yang memiliki tangga hehe ^^..
ko da officially jadi reporter majlis kawen ar saip, nnt ko kawen aku lak tlg jadi reporter neh haha
bro warouq
..... bile lagi???
abg syahid
abg syahid klu kawen jgn tak bg tau lak..hehehe....
jackster
mase cuti winter ek??..hehehe
Post a Comment