Duhai sang raja untuk sehari
Matahari naik menyinari pagi
Embun menghilang ditiup pergi
Angin bergerak bagai merpati
Bunga kembang nan berseri
Hati gembira cerah mewangi
Duhai sang raja untuk sehari
Hari indah bertambah seri
Kerna si teruna mendapat isteri
Bagai putera dengan kayangan puteri
Ikatan diikat sehidup semati
Seluruh alam gembira merai
Bila dua kasih bersatu hati
Duhai sang raja untuk sehari
Langit bergoncang dek hentakan kaki
Kerna perasaan sukar digambari
Oleh puteri syurga sang bidadari
Mulut muncung mecebik pipi
Kerna cemburu yg tidak terperi
Kerna hatimu sudah dimiliki
Oleh gadis penghulu bidadari
Ku doa agar cinta ini
Terjalin hingga ke syurga nanti
Bahagia kekal untuk abadi
Duhai sang raja untuk sehari
Kasih diikat untuk dakwah ini
Bait muslim terbina marhalah kini
Kerja dakwah jangan dilupai
Walau sudah bercucu nanti
dakwah terus amal tarbawi
marhalah ketiga sedia dimasuki
kerna Islam kerna Ilahi
Duhai sang raja untuk sehari
Takhta raja bukan sehari
Tapi untuk sehingga mati
Khalifah bumi arahan Ilahi
Beban dipikul dihitung nanti
Akhirat kelak tuhan timbangi
Amal mana syurga dimasuki
Semoga kita thabat dalam jalan ini…
Duhai sahabat sekalin saya sayangi
Mereka sudah bersatu hati
Antum pulak bila lagi
Jangan terburu-buru mencari-cari
Kerna Akhwat sedia menanti
Indahnya cinta dijalan ini
Kerna islam kerna ilahi
Duhai sang raja untuk sehari
Nasihat terakhir saya beri
Sebagai kata sisipan hati
Jangan mengada nak tambah lagi
Sorang sahaja sudah mencukupi
Kasihanilah pula diri kami
Bagilah kami peluang beristeri
Agar dakwah berkembang lagi
Jodoh dipinta petang dan pagi
Ditemui akhawat pilihan hati
Semoga Allah sedia rahmati
Hamba-hambanya yang merintihi
Agar dakwah terus dijunjungi
Thabat dakwah sehingga mati
Syahid dicari cita-cita ini
Semoga dimakbul doa ini……
agak2 ....sape laa lepas ni....
"Selepas itu kami mahukan keluarga yang Islam pada fikiran dan akidahnya, pada akhlak dan perasaannya, pada amalan dan tingkah lakunya. Ini bermakna kami perlu berikan tumpuan kepada kaum wanita seiring dengan tumpuan kami kepada kaum lelaki. Kami juga perlu berikan tumpuan kepada kanak-kanak seiringan dengan tumpuan kami kepada pemuda. ini pembentukan keluarga kami."
(IHAB - majmuah risalah - Buat Pemuda, Khususnya Mahasiswa)
saif
- tibe2 terasa rindu ddk dengan irfan......
11 comments:
khas untuk nta gak.haha.
adus.... lom kawen lagi laaa....
...alhamdulillah...mabruk utk akhi irfan...enta ?
...hehe...banyak cerita ana dengar dr abg enta..hehe
lalala... rase2nyer.. yang pakai baju Melayu pink kat tepi skali tu lepas ni..
Mabruk akhi!
Ahaks~
mane ade org pakai baju pink...aihhh....
tunggu nta dlu kot.... biar adik2 selesai dlu....
yea2..dah ada gambar irfan kawen..lama aku tunggu nak tengok..hehe
smart2 hehe
salam saif, ana saja nk kongsikan pantun-pantun yang ana reka beberapa jam sebelum majlis akad, dalam bas semasa perjalanan ke arma dan semasa khutbah akad pagi bersejarah tu...
2 pantun ni ana baca sebelum akad...
buah pauh si bunga rampai,
kilauan bintang sungguh mengasyikkan,
orang jauh sudahlah sampai,
ahlan wa sahlan kami ucapkan.
dulang hantaran tersusun rapat,
dihiasi manik-manik mutiara,
ayuh bersama ikhwah dan akhawat,
mentajdid niat sepanjang masa.
3 pantun ni pulak yg ana baca lepas akad...
pengantin lelaki tersenyum simpul,
pengantin perempuan lega di hati,
berakhir upacara ijab dan kabul,
sah lah mereka suami dan isteri.
kuliah medic cairo universiti,
kuliah lughoh al-azhar as-syarif,
biar berbeza dari banyak segi,
demi dakwah segala diketepi.
suami penyayang suami contoh,
isteri pengasih berjiwa lembut,
hari ini akhi kita berijab qabul,
moga lepas ni ramai yang akan menyusul...
***sebenarnya pantun yang last tu ana tujukan khas untuk nta dan sahabat-sahabat bujang yang lain...
selamat maju jaya!
uhibbuk ya saif!
bro os...dari bawbah.
adus.... pantun best....
os... syukran....
panjangnye pantun tu...
xlarat nk bace..hehe
tahniah irfan...
huhuhuhu...
dah kawin dah membe aku sorang ni...
Post a Comment