Sunday, September 30, 2012
Saturday, December 31, 2011
Jemputan walimah
Posted by Mohd Saif Jamaluddin at 4:26 AM 1 commentsMonday, May 16, 2011
i'm not perfect
Posted by Mohd Saif Jamaluddin at 3:23 PM 3 commentsApa dimaksudkan oleh Imam Hassan Al-Basri bukanlah bermaksud penciptaan manusia ini sia-sia atau pon untuk mati begitu sahaja, akan tetapi tersirat dalam kata-katanya menunjukkan bahawa kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan selepas kematian. Kematian adalah the end road yang dalam kehidupan dan di sini juga bermulanya kehidupan kita yang baru, iaitu di alam akhirat.
Di dalam menyelusuri kehidupan ini, ada beberapa noktah yang boleh kita sepakati.
Pertama
Kita merupakan manusia yang diciptakan Allah ta’ala dengan sebaik-baik ciptaan sebagaimana disebut di dalam Al-Quran
لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
“sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”
(surah At-tin 4)
Kedua
Kita dijadikan oleh Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi." (Al Baqarah: 30)
Ketiga
Kita umat Muhamad adalah sebaik-baik umat
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) (surah Ali Imran 110)
Jika kita teliti ayat-ayat di atas, sedarlah bahawa kita merupakan hamba Allah yang sangat hebat. Kita diciptakan dengan sebaik-baiknya dan Allah juga telah memberi satu amanah yang cukup besar untuk kita pikul iaitu amanah khalifah di muka bumi. Allah juga telah menyatakan kita umat Muhammad adalah sebaik-baik umat. Maka jelas pada kita, manusia bukanlah satu ciptaan yang biasa-biasa bahkan ia merupakan satu ciptaan yang luar biasa.
Kita dapat lihat di dalam ayat dibawah di mana, keutamaan manusia serta kehebatan manusia itu.
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang untuk memikulnya, tetapi mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya kerana mereka tidak mempunyai kesediaan untuk memikulnya. Pada ketika itu manusia dengan persediaan yang padanya sanggup memikulnya. "(Al-Ahzab : 72)
Setelah dibentangkan tentang kehebatan dan kekuatan manusia sebagai satu ciptaan, maka ingin saya timbulkan beberapa persoalan di sini. Dimanakah datangnya kegagalan, kemalangan, kesedihan, keperitan, kesakitan? Kenapakah manusia menjadi futur setelah berada dijalan dakwah dan tarbiah? Mengapakah manusia tenggelam di dalam dunia kemaksiatan dan hilang dari susur jalur keimanan?
Jawapanya ialah manusia adalah manusia…..
Memang diciptakan dengan kelemahan, emosi, dan kealpaan. Sukar untuk menjadi insan yang sempurna sepenuhnya. Syair di bawah merupakan luahan tentang dunia yang inginkan orang yang sempuna.
They strive for perfection
I strive for true humility,
Selflessness and honesty
Yet i'm not perfect
Although i might seem as
An outcast gliding unto oblivion
I'm not perfect to a sense of
Poise, purerity and social class.
Perfectionists are phylosophers
Searching for reality inside
A deep, dark void of suffering
Pain and closed wounds of
Patriots of humanity thus
I'm not perfect
I might belong to a commoner
Culture but i'm differrent
And differrent means differrence.
In all my grief and complaints
I've not reached perfection nor
Is it my priority, perfection
Is greed with a positive persona
Which devaours those who go
On quests for it and end up in
Miserable and regretful states
And in all of this still i remain
Still i'm not perfect
Tidaklah pernah saya berjumpa dengan seseorang yang perfect di dunia ini. Jika andai anda berjumpa dengan seseorang yang perfect, sila khabarkan kepada saya. Ingin benar saya berjumpa dengannya!!..
Maka fitrah manusia itu tidaklah sempurna di dalam sesuatu hal, maka hendaklah kita para daie mempunyai beberapa factor untuk membantu kita terus thabat dan terus maju di dalam dakwah dan tarbiah ini.
Factor pertama
Faham
Beberapa point boleh dihuraikan di dalam bab faham ini
1) Faham mengapa kita perlu berada di dalam jalan dakwah ini. Faham tabiat jalan dakwah ini, serta faham hala tuju dakwah yang ingin dibawa.
2) Faham kepentingan untuk duduk bersama jemaah yang dipilih. Juga memahami mengapa perlunya duduk di dalam lingkungan ikhwah dan akhwat. Serigala akan mudah membaham kambing yang bersendirian.
3) memahami islam itu sendiri. Memahami bahawa Islam itu syumul, lengkap dan menyuluruh. Dengan pemahaman yang betul tentang Islam dan nilai-nilai Islam, maka akan terbentuklah jati diri yang kuat serta kuat menghadapi rintangan.
Factor kedua
Keikhlasan
Pastikanlah sentiasa menjaga niat dalam setiap sesuatu yang dilakukan. Tajdidkan niat anda sebelum melaksanakan sesuatu. Ini kerana niat yang salah pada permulaan akan menjadikan jalan yang ditempuhi menjadi salah.
Imam Albanna juga menyebut tentang ikhlas
Ikhlas ialah saudara muslim itu meniatkan setiap kata, tindakan dan jihad yang dilakukan hanya untuk Allah, mencari keredaan dan ganjaranNya tanpa mengharapkan harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Ini bermakna dia merupakan pejuang fikrah dan akidah bukan memperjuangkan matlamat dan kepentingan peribadi.
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan. (Al-An‘am: 162-163)
Dengan ini saudara muslim akan memahami maksud apa yang sering dilaungkannya:
“Allah matlamat kami” dan “Allah Maha besar dan segala puji bagi Allah”.
Factor ketiga
System sokongan or supporting system
System yang perlu diterbitkan
1) ikhwah disekeliling.
Cuba sedaya upaya untuk memautkan ukhwah di antara ikhwah dan cuba untuk terus bina hubungan tersebut dengan baik. Doa-doa ikhwah yang mendoakan kita mungkin doa yang dimakbulkan oleh Allah untuk kita terus thabat di dalam jalan dakwah ini. Binalah suasana rumah ikhwah yang dapat membantu di dalam urusan dakwah dan tarbiah. Belajarlah untuk saling menasihati dan saling membantu dalam setiap perkara. Dan carilah masa untuk berjalan-jalan supaya mewujudkan lagi suasana mahabbah serta kenangan manis dalam jalan ini. Kerana kenangan-kenangan manis ini yang banyak akan mencengkam jiwa kita untuk terus bersama di dalam jalan dakwah ini
2) pasangan hidup yang memahami
Pemilihan insan yang ingin kita hidup semati ini adalah sangat penting.
Ustaz Mustafa Masyhur ada menyebut di dalam buku tariq dakwah tentang bait muslim ini
“Dari awal-awal lagi hendaklah mereka membangunkan keluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa. Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islam yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam kehidupan ini. Menjadikan pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah. Sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa, sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalangnya. Memelihara dirinya di waktu ketiadaannya walau berapa lama pun dan mendidik serta membentuk anak-anaknya menurut Islam yang sebenar.”
3) jemaah dakwah
Jemaah dakwah perlulah menyediakan tarbiah yang cukup mantap untuk menghasilkan daie yang kuat menghadapi cabaran dan dugaan. Selain itu jemaah juga perlulah menyediakan ruang yang cukup sihat untuk ahlinya berkembang dengan baik serta dan membenarkan ahlinya menyumbang tenaga dan potensi yang ada
Telah dinyatakan di atas faktor-faktor yang membolehkan seseorang itu untuk terus thabat di dalam jalan dakwah ini. Semoga kita terus thabat untuk terus beramal dan terus diberi petunjuk serta hidayah dari Allah.
Saya memohon untuk didoakan supaya saya terus thabat di dalam jalan dakwah dan tarbiah ini sehingga saya menemui ilahi.
Ya Allah jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa berharap.
Wallahu’alam